Bagi mereka yang pecinta sejarah, Kampung Bandar dan Jugra sudah menjadi sebati dalam kehidupan mereka. Ini kerana secara tepatnya nama Kampung Bandar dan Jugra yang berkait rapat dalam sejarah Kesultanan Melayu Selangor ini sememangnya menjadi tumpuan mereka untuk mengkaji kesan-kesan peninggalan sejarah lampau.
Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke-5) |
Oleh kerana pada ketika itu semua tanah dimiliki dan ditadbir oleh Raja, maka sejak itulah tanah-tanah dikampung ini dikenali dan dinamakan sebagai Tanah Raja. DYMM Sultan dengan sifat pemurahnya ketika itu telah memberikan rakyat jelata tanah untuk dijadikan penempatan dan pertanian tanpa mengenakan sebarang cukai.
Istana Bandar yang masih tersergam indah selepas beberapa siri pengubahsuaian |
Pekerjaan utama penduduk ketika itu adalah kebanyakannya bertani, nelayan, menternak binatang serta menjadi dayang-dayang ataupun berkerja di Istana Bandar Temasya. Aktiviti kebudayaan yang menjadi kegiatan sinonim dalam masyarakat melayu beraja pula pada kebiasaanya dipersembahkan dan berpusat di Istana Bandar Temasya.
Pengangkutan utama yang digunakan ketika itu adalah seperti basikal bagi gologan mereka yang agak berada. Selain itu sampan dan tongkang juga menjadi nadi pengerak masyarakat kampung untuk menyeberangi dan menyelusuri Sungai Langat. Selebihnya penduduk kampung lebih senang untuk berjalan kaki sahaja memandangkan ketika itu jalan-jalan kampung kebanyakkannya merupakan lorong-lorong kecil dan sempit yang melalui kawasan hutan dan juga kebun-kebun penduduk.
Masjid Sultan Ala'eddin yang masih digunakan sehingga kini |
Seperti yang kita ketahui, hubungan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa telah bermula sejak kurun 14 lagi. Jadi tidak hairanlah sejak dulu lagi penghijrahan bangsa keturunan jawa ke Tanah Melayu ini telah bermula. Menurut dari sumber lisan, Orang-orang Jawa ini adalah pembuka-pembuka penempatan baru di Kampung Bandar dan sekelilingnya. Meraka dikerah untuk menebas hutan, menebang balak dan sebagainya. Menurut kata sumber lagi, orang-orang jawa ini ada yang berhijrah dengan kemahuan sendiri atas dasar ingin mmemperbaiki taraf kehidupan mereka. Malah ada juga yang diculik oleh sindiket perdagangan manusia yang menyediakan bekalan buruh. Oleh sebab itu pada awal pembukaan Kampung Bandar ini lagi penduduk disini sudah hidup bersama antara bangsa Melayu Dan Bangsa Jawa.
Jugra dan Kampung Bandar, dua tempat bersejarah yang sukar dilupakan |
6 kampung tersebut ialah :-
- Kampung Bandar (sebelah Utara)
- Kampung Teluk Pulai (Sebelah Timur Laut)
- Kampung Kurau (Tengah mengunjur ke tenggara)
- Kampung Sungai Ingat & Chodoi (Tengah mengunjur ke barat daya)
- Kampung Air Tawar (Sebelah Barat Laut)
- Kampung Kampung Sawah (Sebelah timur Kampung Teluk Pulai)
# Anda boleh juga sesi temuramah versi video kisah sejarah yang terdapat di kampung Bandar. KLIK DISINI untuk menonton
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam sejahtera, adakah blog ini masih aktif?
ReplyDelete