Assalamualaikum W.B. Alhamdulillah bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmatnya kita masih terus dapat bersama sehingga hari ini.
Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini masa yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba. Bulan Syawal, bulan untuk meraikan kemenangan setelah mengharungi dugaan dan cabaran di bulan Ramadhan semestinya diraikan. Segala persiapan hari raya telah pun diharungi dan hanya menunggu hari raya sahaja untuk diterjemahkan. Kunjung mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semestinya diteruskan bagi mengeratkan kembali hubungan yang semakin jauh akibat batasan pekerjaan..
Didalam kegembiraan, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hargailah mereka semampu yang boleh. Sesungguhnya mereka juga wajib merasai kemenangan sama seperti kita. Semoga hari raya ini akan memberi seribu makna kepada kalian.
Dikesempatan ini, kami bagi pihak D'Bandar Village memohon maaf diatas segala keterlanjuran baik dari segi bahasa, percakapan atau perbuatan yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain. Lumrah manusia tidak terlepas dari membuat sebarang kesilapan.Diharapnya penduduk Kampung Bandar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang mungkin terasa jauh akibat fahaman politik serta batas-batas kehidupan harian lain. Wasalam....
*psss... Kepada yang balik kampung tu, janganlah cepat panas bontot akibat tiada WIFI, ASTRO dan hiburan lain. Manfaatkan hari raya dan cuti panjang anda bersama keluarga dengan sebaik mungkin...
No comments:
Post a Comment