At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Institusi Pengajian Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Institusi Pengajian Tinggi. Show all posts

Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB)

Written By Unknown on Sunday, 4 August 2013 | 16:16


Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) merupakan kesinambungan kepada dua buah institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).

Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) telah ditubuhkan pada 16 April 1990. Dari awal penubuhannya hingga 1997, MARTAH Selangor telah beroperasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri, Shah Alam). Pada peringkat awal, pengambilannya terhad kepada 10 orang pelajar sahaja setahun sehinggalah pada tahun 1997, pengambilan pelajar baru dinaikkan kepada 20 orang pelajar dan seterusnya 30 orang pelajar pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1996, Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat ditubuhkan dan berpusat di Bukit Naga, Klang dengan pengambilan sulung seramai 20 orang pelajar.


Pengambilan pelajar melibatkan pelajar-pelajar lepasan SRP (kini PMR) dan pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian selama 5 tahun dengan 2 tahun di peringkat Sijil Tajwid dan 3 tahun di peringkat Diploma Tahfiz Wal Qiraat. Pada tahun akhir pengajian, pelajar akan mengikuti peperiksaan diploma berpusat di Darul Quran JAKIM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti dalam dan luar negara.


Pada pertengahan 1997, MARTAH Selangor telah dipindahkan ke Istana Alauddin, Kampung Bandar, Banting, Selangor. Maahad tahfiz ini menggunakan bangunan Istana Alauddin sehinggalah kompleks maahad tahfiz yang baru siap dibina sepenuhnya pada akhir 1999.  Nama MARTAH Selangor masih dikekalkan sehinggalah pada tahun 2003 ia telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).


Sistem pembelajaran yang digunakan masih sama kecuali pengambilan hanya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Maahad ini akhirnya telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2005 untuk dijadikan sebagai satu fakulti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).


Menyedari pentingnya menyediakan generasi pelapis dalam bidang tahfiz Al Quran serta melahirkan golongan professional yang mahir dalam bidang Al Quran, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan sains dan teknologi. Bersandarkan kepada objektif dan matlamat tersebut, pada 28 Januari 2008, Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi dengan pengambilan sulungnya seramai 58 orang pelajar terpilih dari seluruh Negeri Selangor berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA

PETA LOKASI Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB)

Berkaitan MITIB : -

Sekolah Menengah Sains Banting

Written By Unknown on Sunday, 14 July 2013 | 13:24


Sekolah Menengah Sains Banting terletak di Jugra iaitu 6 km dari pekan Banting. Terletak di atas lokasi tanah berkeluasan 24 ekar persegi  di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra. Bersebelahan  dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, Kem Tentera Udara Jugra, Pusat Matrikulasi Selangor , Maahad Tahfiz Jugra, Institut Latihan Perindustrian .


Telah mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2012 dengan kemasukan pelajar tingkatan 2/ 2012 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 / 2012  pada 4 Januari 2012. Diikuti dengan kemasukan pelajar tingkatan 4 / 2012 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berkeupayaan menampung seramai 900 orang murid dengan kemudahan asrama yang serba baru. Hanya menawarkan aliran Sains Tulen di peringkat SPM .


Sehingga Januari 2013, SMS Banting mempunyai 53 orang guru termasuk pihak pentadbir dan 16 orang kakitangan sokongan. 2013 adalah tahun pertama berlangsungkan peperiksaan awam PMR dan SPM yang bakal menentukan tahap dan kedudukan sebenar SMS Banting di kalangan sekolah berasrama penuh yang lain.

Alamat Sekolah:
Sekolah Menengah Sains Banting
Jalan Sultan Suleiman Shah,
Jugra, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Email : smsb.ppdkl@gmail.com
Website : smsbanting

No telefon : 03-31201597
No fax : 03-31201623

PETA LOKASI

Politeknik Banting

Written By Unknown on Thursday, 11 July 2013 | 14:26


Politeknik Banting Selangor (PBS) merupakan politeknik yang ke 24 daripada 32 buah politeknik Malaysia. PBS telah mula beroperasi di kampus sementara di Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis pada tahun 2007 dengan pengambilan kohort pertama pada Sesi Januari 2008. Pengoperasian politeknik ini telah bermula sepenuhnya pada 6 September 2012 di kampus tetap dengan menawarkan 2 program iaitu Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengambilan pelajar yang pertama di kampus tetap ini adalah pada Sesi Disember 2012 dengan bilangan pelajar seramai 165 orang.

PBS sentiasa memberi keutamaan kepada perkongsian pengetahuan serta hubungan industri di mana tenaga pengajar digalakkan supaya turut serta dalam projek industri, penyelidikan dan pembangunan. Usaha ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan kepakaran dengan institusi dan industri bagi melahirkan graduan berkemahiran, kompeten, sedia ke alam kerjaya dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.


Justeru, PBS berhasrat untuk memperkembangkan lagi jaringan dan hubungan kolaborasi dengan pihak industri secara berterusan. Dengan itu, pelajar akan dapat melengkapkan diri untuk lebih celik industri, berdaya tahan dengan set minda yang tepat ke arah pencapaian tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Inisiatif ini akan terus menjadi keutamaan bagi mengukuhkan lagi ketahanan dan daya saing pelajar.

Dalam merealisasikan misi ini, PBS telah melantik 10 orang Ahli Lembaga Penasihat yang berkaliber untuk bersama-sama dalam mencapai hala tuju organisasi serta memberi nasihat dalam bidang pengurusan dan meningkatkan kualiti graduan PBS. Setiap pelajar digalakkan untuk meraih peluang sebaik mungkin bagi membina daya kepimpinan, keyakinan diri dan memiliki nilai-nilai murni. Ke arah aspirasi mulia ini, PBS berhasrat untuk membentuk budaya organisasi pembelajaran dengan penerapan nilai integriti dan etika yang tinggi dalam kalangan staf dan pelajar.


PETA LOKASI






MAKLUMAT :

Politeknik Banting Selangor
Persiaran Ilmu, 
Jalan Sultan Abdul Samad, 
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel  : 03-3120 1625 Fax  : 03-3120 1706

email: admin@polibanting.edu.my
Website :- http://www.polibanting.edu.my



Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat


Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam pembinaan.


KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.


Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 - 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer  dan 3 makmal bahasa desediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .


Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, satu padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.


KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.


PETA LOKASI



MAKLUMAT :
Kolej Matrikulasi Selangor, 
Kementerian Pelajaran Malaysia, 
Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor
Tel:+603-31201410 | Faks:+603-31201732
Emel: webmaster@kms.matrik.edu.my
Website : - http://www.kms.matrik.edu.my

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat


Instuitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat merupakan institut paling bongsu di antara 20 IKBN yang lain. Di sini, pelajar-pelajar akan dilatih dan diajar dalam bidang-bidang kemahiran yang amat diperlukan dipasaran buat masa ini. Bidang-bidang ini ditawar dari peringkat Sijil Kemahiran (Tahap 1, 2, 3) hingga ke program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).



Terletak di jalan utama dari pekan Banting menuju ke Jugra, ia bersebelahan dengan ILP Kuala Langat, berdekatan dengan Politeknik Banting, serta kem TUDM Bukit Jugra. Di IKBN Kuala Langat ini juga kemudahan pembelajaran, Infrastruktur dan  penempatan sememangnya mencukupi. Apa sahaja kursus yang dipelajari, pasti kelengkapannya lengkap dan terkini.





PETA LOKASI






MAKLUMAT LANJUT :

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA LANGAT
(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD,
42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL  :  03-31803813
NO FAKS :  03-31801677

EMAIL : portalikbnkl@gmail.com
FACEBOOK: www.facebook.com/ikbnkualalangat.banting
Website : http://www.ikbnkl.gov.my

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat

Written By Unknown on Monday, 8 July 2013 | 14:49

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina oleh Jabatan Tenaga Manusia ,Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan golongan yang berkemahiran dalam bidang perindustrian terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Sasaran golongan utama adalah dari lepasan SPM yang mendapat gred sederhana.

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini telah di bina pada 04 Februari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina diatas sebahagian dari sebuah ladang kelapa sawit berkeluasan 60 ekar. Kerja-kerja pembersihan kawasan ini telah bermula pada akhir bulan Februari dan awal bulan Mac 2003. Lokasinya terletak lebih kurang 4km dari pekan Banting menuju ke arah kg Jugra dan Pengkalan TUDM.


Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-

  • Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
  • Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
  • Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.


Sepanjang penubuhannya, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat telah berjaya menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dengan menyertai beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa ILP Kuala Langat mampu melahirkan pelajar-pelajar, kakitangan dan tenaga kerja mahir yang berkualiti dan berdaya saing. Antara kejayaan tersebut ialah :

  •  Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2011 Bidang Mekatronik di Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2011.
  • Johan Kategori Robot Rumblez dan Tempat ke-3 Kategori Touch of The Light di Pertandingan JTM Robot Challenge 2011
  • Tempat ke-3 Kategori Mekanikal "Selak Pintu Automatik" di Pertandingan Kreativiti dan Inovasi JTM 2011
  • Pingat Gangsa Kategori Mekanikal Robot EDU di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2011)
  • Pingat Gangsa Kategori IT Twin Computer Unit di International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-INVEX 2011)
  • Pingat Gangsa Kategeri IT Dual Computer System di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2010)
  • Pingat Gangsa Bidang Web Desing di Pertandingan MySkill 2010
  • Johan Pertandingan Kemahiran Kreativiti Dan Inovasi Sempena Penglibatan Jabatan-jabatan Kerajaan Bagi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.


Selain itu, pelbagai kemudahan juga disediakan disini samaada dari elaun dan juga fasiliti. Kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada bakal pelajar di ILP Kuala Langat adalah :-

  • Elaun sara diri sebanyak RM100 sebulan
  • Elaun sara diri sebanyak RM300 sebulan semasa menjalani latihan industri
  • Latihan kemahiran yang berkualiti, kemudahan asrama, makan-minum percuma
  • Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi kemudahan makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah.
  • Kemudahan fasiliti seperti pusat sumber, auditorium, bangunan bengkel, asrama lelaki dan perempuan, rumah kakitangan, surau, kafetaria, kompleks sukan dan lain-lain lagi.







View Larger Map



UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

http://www.ilpkls.gov.my
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6,Blok D4,Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-8886 5000
Fax : 03-8888 9241

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKLA)

Written By Unknown on Sunday, 7 July 2013 | 06:00


Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupaka institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.

Kolej Komuniti KPM menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran.Kursus berasas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengandungi K-content adalah diutamakan.Mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada sesi jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada 34 buah diseluruh negara termasuk di Daerah Kuala Langat.


Untuk maklumat lanjut :

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Jalan Ubi, Jugra,
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-3120 2030