At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Masjid Bandar. Show all posts
Showing posts with label Masjid Bandar. Show all posts

Jamuan Hari Raya JKKK dan Masjid Kampung Bandar

Written By Unknown on Friday, 30 August 2013 | 05:08


Kepada semua warga Kampung Bandar adalah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidiftri anjuran JKKK serta Masjid Di Raja Alaeddin Kampung Bandar. Selain majlis rumah terbuka, ia juga bertujuan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim serta bakal-bakal haji tahun ini. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis.

Tarikh : 31 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 08:00 malam hingga 11:00 malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Bandar

Aturcara Majlis :

  • 08:00 - 08:30 malam - Ketibaan Orang Ramai
  • 08:30 - 09:00 malam - Ketibaan VIP
  • 09:00 - Jamuan Rakyat bermula
  • --> Sumbangan Kepada bakal haji
  • --> Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
  • --> Sumbangan duit raya untuk anak-anak bawah 12 tahun
  • 11:00 malam - Majlis Bersurai

Penghayatan Ramadhan di Masjid Sultan Alaeddin Bandar

Written By Unknown on Friday, 12 July 2013 | 15:26


Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2013M/1434H kepada semua ahli qariah Kampung Bandar.

Dalam menyemarakkan lagi suasana beribadah dibulan puasa ini, pihak pengurusan telah pun mempelawa penduduk kampung semua untuk menyertai program-program Masjid Alaeddin yng telah diaturkan. Antara program yang dianjurkan :

  • Majlis berbuka puasa bersama AJK Masjid setiap hari.
  • Solat Tarawikh berjemaah, Tahlil Arwah dan Moreh.
  • Tadarus AL-Quran dewasa, remaja dan wanita.
  • Kuliah Subuh pada pagi Sabtu dan Ahad.
  • Qiamullail pada 10 malam terakhir
  • Pertandingan tulisan khat (KRM)
Sekiranya penduduk kampung ingin bersedakah dan beramal jariah, bolehlah menghulurkan sumbangan untuk Majlis Berbuka puasa, Tadarus Al-Quran & Tahlil Arwah. Berikut adalah diantara kadar sumbangan yang dikenakan :

-> Majlis berbuka puasa - RM150 = 30 orang setiap hari
-> Tahlil Arwh - RM5 = setiap nama arwah
-> Sumbangn tunai (ikhlas)

Jom pakat-pakat kita penuhkan Masjid Bandar di bulan Ramadhan ini. Berbagai acara lain juga turut dianjurkan. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

Koleksi gambar Masjid Alaeddin Kampung Bandar

Written By Unknown on Wednesday, 10 July 2013 | 13:30

Berikut adalah koleksi gambar-gambar Masjid Alaeddin Kampung Bandar yang dapat kami berikan untuk tatapan pembaca semua. Bagi anda yang pernah sampai ke bangunan masjid ini, sudah pastinya anda telah mengabdikan gambar-gambar sebagai koleksi peribadi. Kepada yang masih belum berkesempatan, diharapkan gambar-gambar yang dilampirkan ini sedikit banyak membantu anda untuk menilai senibinanya serta mengkagumi reka bentuknya.


Jika anda masih belum lagi membaca kisah sejarah mengenai Masjid Alaeddin Kampung Bandar yang disiarkan sebelum ini, diharapkan terlebih dahulu anda membacanya supaya anda dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik rahsia bangunan masjid ini. Untuk membacanya sila KLIK DISINI



KOLEKSI GAMBAR LAMA

Keratan Akbar Pembukaan Masjid Alaeddin Bandar : Malayan Saturday

Majlis perasmian Masjid Alaeddin

Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar bersama Paduka Sri Alauddin Suleiman Shah ketika Merasmikan Masjid Bandar di Jugra.

DYMM Alaeddin sedang membaca khutbah

KOLEKSI GAMBAR BARU




Dari sudut hadapan

Sudut sisi (dari quarters Imam)

Dari sudut bahagian belakang masjid

Sudut sisi (sebelah tempat wuduk)

Pintu masuk ke ruang solat wanita

Pintu masuk ke dalam masjid

Menara Masjid Alaeddin


Tangga untuk menaiki keatas kawasan menara masjid

KENTONG SEJARAH - terdapat diatas menara Masjid Alaeddin 

Pemandangan Bukit Jugra dari atas menara Masjid Alaeddin

Kubah Besar


Kubah kecil

Mimbar

Mimbar dan ruang solat utama


Mihrab


Siling diruang solat utama




Bahagian belakang ruang solat utama



Ruang solat wanita


Quarters Kakitangan

Dewan Sultan Alaeddin




Tempat mengambil wuduk

Pondok wakaf
PEMANDANGAN WAKTU MALAM




Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar


Selain Istana Bandar (Istana Alaeddin), Masjid Bandar juga adalah diantara monumen sejarah Negeri Selangor yang terdapat di Kampung Bandar dan reka bentuknya masih kukuh sehingga hari ini. Bangunan masjid ini yang terletak bersebelahan dengan bangunan Istana Bandar (sekitar 200 meter) dan juga Kompleks Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) adalah diantara masjid yang tertua di Negeri Selangor.

Majlis Perasmian Masjid Alaeddin, Kampung Bandar
Masjid Bandar atau dikenali juga dengan nama Masjid Alaeddin (Alauddin) telah dibina pada tahun 1905 selepas siapnya pembinaan bangunan Istana Alaeddin. Nama Masjid Bandar atau Masjid Alaeddin ini diberi sempena mengambil nama Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke 5 (1898 - 1938). Menurut sumber, masjid yang mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa ini dibina hasil dari sumbangan dana Baginda Sultan Alaeddin sendiri. Masjid Bandar ini telah dirasmikan pada tarikh 18 jun 1924 dalam upacara gilang gemilang. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negeri di negeri Selangor.


Dari segi rekabentuk masjid ini ia mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
Tiang Seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya yang unik daripada jenis kayu tahan lama dan bermutu tinggi. Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.

Keratan Akhbar Pembukaan Masjid Alaeddin Kampung Bandar
Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam. G.L Peet yang mengambil gambar masjid itu kira-kira 32 tahun yang lalu, menerangkan bahawa masjid itu digunakan oleh Sultan Suleiman setiap hari Jumaat. Seperti yang kita ketahui, bahawa Baginda Sultan adalah sultan yang kuat pendidikan dan pengetahuan ilmu agamanya. Oleh sebab itu, banyak majlis-majlis ilmu telah diadakan dan Baginda Sultan juga pernah membaca Khutbah di Masjid ini.

Sultan Alaeddin sedang memberi khutbah di Masjid Bandar

KEPUTUSAN FATWA NEGERI SELANGOR

“Pada 16 April 2002 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah bersidang dan sebulat suara memutuskan bahawa Masjid Alaeddin adalah wakaf oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989, Pentadbir harta wakaf adalah Majlis Agama Islam Selangor. Sesuatu harta yang diwakafkan itu telah menjadi milik Allah secara mutlak, maka ia tidak boleh dilakukan kepadanya secara transaksi. Oleh yang demikian, 'Akta Benda Purba' dalam hal ini tidak terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengekalkan struktur asal atau diubahsuai dengan tujuan bagi keselesaan jemaah serta dapat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.”

Selepas kemangkatan baginda, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, masjid ini hanya digunakan oleh penduduk setempat. Semenjak keputusan Fatwa Negeri Selangor ini dikeluarkan, Semenjak itulah kerja-kerja membaik pulih sering dilakukan Demi kepentingan agama, dan keselesaan para jemaah yang hadir, kerja-kerja menaik taraf juga giat dilakukan. Banyak pengubahsuaian dan  tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.

Mimbar Masjid Alaeddin Kampung Bandar
Sebelum ini, dibahagian kiri, kanan dan belakang ruang solat utama adalah ruang lapang tidak berbumbung dan hanya digunakan apabila limpahan jemaah yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat dan juga solat hari raya. Walaubagaimanapun kini ia telah berubah dimana lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin dan dipasang bumbung serta dijadikan ruang solat tambahan terutamanya bahagian sebelah kiri ruang solat utama dijadikan ruang solat khas untuk kaum wanita.


Selain itu, dikawasan Masjid Alaeddin ini juga telah dibina rumah kakikatangan masjid seperti imam, bilal dan siak. Terdapat juga dewan besar untuk kegunaan AJK masjid serta majlis-majlis tertutup. Dipendekkan cerita atas keperihatinan Jabatan Agama Islam Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan juga AJK masjid, segala kemudahan prasarana di masjid ini sememangnya melengkapi.


Masjid Alaeddin telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24 Julai 1980. Ia juga didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara. Perkara ini disahkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Dato Profesor Emeritus Zuraina Majid


INFO TAMBAHAN :

  • Sebelum terbinanya Masjid Bandar ini, terlebih dahulu sebuah masjid telah dibina di Kampung ini. Walaubagaimanapun hanya tapak masjid sahaja yang masih tinggal dah terletak di kawasan Makam Diraja Kampung Bandar. Untuk mengetahui mengenai Masjid lama Kampung Bandar ini, sila baca DISINI 
  • Untuk melihat koleksi gambar-gambar di Masjid Alaeddin ini, sila KLIK DISINI


PETA LOKASI




SUMBER :
dri-masjid.blogspot.com
Wangsa Mahkota Selangor
Majlis Daerah Kuala Langat
e-fatwa
JKKK,JKKKP dan Penduduk Kampung Bandar