At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Sudut Editor. Show all posts
Showing posts with label Sudut Editor. Show all posts

Kelapa parut dan Santan Shukur Rahmat

Written By Unknown on Friday, 23 August 2013 | 05:31


Seperti yang kita ketahui, diwaktu ini pokok-pokok kelapa disekitar Kampung Bandar semakin berkurangan. Ini disebabkan ramai penduduk yang telah menebang pokok kelapa untuk dijual batangnya serta dari keselamatannya untuk mengelakkan pokok tumbang dan mengenai rumah.

Keperluan buah kelapa sememangnya menjadi topik hangat dikalangan penduduk. Buah kelapa yang bukan sahaja pada asasnya sebagai bahan minuman, tetapi keutamaannya sudah pastilah dalam bidang masakan. Masak Lemak, rendang, dodol, serunding dan pelbagai lagi sememangnya amat memerlukan kelapa. Untuk menggunakan santan kotak (segera) sudah pasti rasanya agak kurang berlemak. Maka alternatif lain terpaksa juga untuk menggunakan kelapa asli.


Untuk itu, penduduk di Kampung Bandar dan sekitarnya tidak lagi perlu risau. Ketika ini di Kampung Bandar sudah pun mempunyai penduduk yang menjual produk berkenaan kelapa ini. Terletak di Jalan Teluk Pulai, En. Shukur B. Rahmat telah pun memulakan perniagaan ini dihalaman rumahnya sejak setahun yang lalu. Bukan sahaja beliau menjual buah kelapa yang tua, malah beliau menyediakan kelapa yang sudah diparut serta pati santan untuk menampung keperluan harian penduduk. Harga yang ditawarkan untuk sekilo santan sekitar RM6 bergantung harga pasaran buah kelapa yang diperolehi.  Apa yang pasti santan yang beliau hasilkan tidak dicampurkan dengan air dan sememangnya 100% perahan kelapa parut.


Selain kelapa parut dan pati santan, beliau juga menjual kerisik untuk membuat rendang serta cili  giling. Jadi dipendekkan cerita penduduk sekitar tidak perlu risau lagi unruk mendapatkan bahan-bahan ini kerana segalanya ada di kedai En. Shukur.


Untuk membuat tempahan
En. Shukur B. Rahmat
Jalan Teluk Pulai (Kampung Teluk Pulai)
010-4396920

PETA LOKASI :



Salam Aidilfitri 1434H (2013) dari Kampung Bandar

Written By Unknown on Tuesday, 6 August 2013 | 21:38

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B. Alhamdulillah bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmatnya kita masih terus dapat bersama sehingga hari ini.


Berakhirnya Ramadhan dan bermulanya Syawal. Adakah kita telah berjaya memanfaatkan bulan Ramadhan tahun ini. Adakah kita mampu lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Mudah-mudah Allah masih lagi memberi peluang untuk kita menikmati bulan yang penuh keberkatan ini di tahun mendatang.

Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini masa yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba. Bulan Syawal, bulan untuk meraikan kemenangan setelah mengharungi dugaan dan cabaran di bulan Ramadhan semestinya diraikan. Segala persiapan hari raya telah pun diharungi dan hanya menunggu hari raya sahaja untuk diterjemahkan. Kunjung mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semestinya diteruskan bagi mengeratkan kembali hubungan yang semakin jauh akibat batasan pekerjaan..

Didalam kegembiraan, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hargailah mereka semampu yang boleh. Sesungguhnya mereka juga wajib merasai kemenangan sama seperti kita. Semoga hari raya ini akan memberi seribu makna kepada kalian.

Dikesempatan ini, kami bagi pihak D'Bandar Village memohon maaf diatas segala keterlanjuran baik dari segi bahasa, percakapan atau perbuatan yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain. Lumrah manusia tidak terlepas dari membuat sebarang kesilapan.Diharapnya penduduk Kampung Bandar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang mungkin terasa jauh akibat fahaman politik serta batas-batas kehidupan harian lain. Wasalam....

*psss... Kepada yang balik kampung tu, janganlah cepat panas bontot akibat tiada WIFI, ASTRO dan hiburan lain. Manfaatkan hari raya dan cuti panjang anda bersama keluarga dengan sebaik mungkin...







Projek makanan ringan (kerepek)- Umi Enterprise

Written By Unknown on Sunday, 4 August 2013 | 17:02


Tidak kira siapa anda, apabila berada di sekitar pekan Banting atau daerah Kuala Langat khususnya, sudah pasti akan mencari lokasi industi pembuatan kerepek yang menjadi sebutan disini. Banting sememangnya sinonim dengan industri kerepek. Jadi tidak hairanlah jika ada penggemar-penggemar kerepek dari luar daerah ini seperti Kuala Lumpur, sanggup datang kesini untuk merasai citarasa kerepek yang sebenar.


Di Kampung Bandar industri kecil pembuatan kerepek ini sebenarnya sudah lama bertapak. Umi Enterprise adalah salah satu dari pengusaha yang berjaya dalam industri kerepek di Kampung Bandar. Produknya yang tidak hanya berasaskan ubi dan pisang sahaja, malahan bahulu dan beberapa jenis kuih lain turut diproseskan disini.


Pasaran Umi Enterprise ini lebih tertumpu di Kawasan Kuala Lumpur. Sekiranya anda penduduk di Kuala Lumpur, sebenarnya tidak bermasalah untuk mendapatkan produk dan mencari Umi Enterprise ini. Mereka berada di pasar malam Kampung Batu Muda pada petang Rabu dan Pasar Tani Taman Permata pada pagi Sabtu.


Umi Enterprise juga sedia menerima tempahan secara pukal dengan menawarkan harga yang terbaik untuk kepuasan anda. Jika anda tiba di Kampung Bandar, Jangan lupa singgah di kilang Umi Enterprise untuk mendapatkan buah tangan dari daerah Banting.


MAKLUMAT

UMI ENTERPRISE
lot 214, Jalan Kurau, 
Kampung Bandar, 42700 Banting.
Zamzaini @ Along - 013-6413435
http://www.facebook.com/zamna.ejam

PETA LOKASI


Terjemahan Kitab Arab dan Melayu Kelasik Moden

Written By Unknown on Saturday, 20 July 2013 | 05:17


Dapatkan teks terjemahan kelasik moden oleh saudara Azman MD anak jati penduduk Kampung Bandar. Sebahagian besar daripada terjemahan-terjemahan dibawah program ini telah dicetak secara kecil-kecilan oleh Darul Bushro, termasuk terjemahan al Iqna’. Sila lihat artikel terjemahan kelasik moden untuk tajuk-tajuk terjemahan.

Pihak saudara Azman MD juga mengalu-alukan sumbangan kewangan dari sesiapa sahaja untuk meneruskan usaha ini, seperti peralatan multimedia sagu hati untuk kerja menterjemah, menyemak teks yang siap diterjemahkan dan mengumpulkan bahan seperti teks yang telah didhobit.

Untuk pesanan kitab dan maklumat lanjut sila hubungi :
- Saudara Azman M.D 
- 010-5445510
- email - V2Azman09@yahoo.com
- Website - Pemeliharaan Khazanah Warisan Intelek




Air 30 Juzuk MITIB


Badan Dakwah dan Rohani - Maahad Integrasi Sains & Teknologi Istana Bandar (BADAR-MITIB) yang terletak di Kampung Bandar ini, ada mengeluarkan produk berupa "AIR 30 JUZUK" yang dibacakan sendiri oleh para pelajar huffaz di sekolah MITIB ini.

Pelbagai khasiat yang terkandung didalam AIR 30 JUZUK ini. Di antaranya :

  • Kebaikan untuk diri sendiri - Menjadi penawar kepada beban kesakitan, melawan sebarang penyakit dari dalam, menjadi penyeri diri & memberi tenaga.
  • Kebaikan untuk keluarga - Melindungi dari gangguan makhluk halus, memberi kesejahteraan rumahtangga.
  • Kebaikan untuk kanak-kanak - Terang hati, mudah memahami pelajaran, melembutkan hati & menguatkan daya ingatan.
  • Kebaikan untuk ibu mengandung - Mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil, membantu pertumbuhan kandungan & memudahkan bersalin.
# Kita hanya berikhtiar. Yang menentukan hanyalah Allah SAW SWT.

HARGA

  • Botol kecil (500ml) : RM2.00
  • Botol besar (1500ml) : RM6.00
  • Sekotak botol besar (12 botol) : RM70.00
  • Lebih 5 kotak botol besar : RM50.00

Jika anda berminat dan ingin mendapatkan AIR 30 JUZUK ini, anda boleh menghubungi :-
- Ustaz Redzuan Nahar
- 013-2783239


"BERIKHTIAR SAMBIL BERAMAL"


Senarai Amil Zakat Fitrah 1434H (2013) di Kampung Bandar


LANDASAN KEWAJIPAN BERZAKAT

TAKRIF :
Zakat adalah Rukun Islam ketiga yang diwajibkan di Madinah pada bulan Syawal tahun kedua hijrah yang telah diwajibkan puasa Ramadan dan Zakat Fitrah. Ayat-ayat zakat, sedekah dan infaq yang turun di Makkah baru berupa anjuran dan penyampaiannya menggunakan metodologi pujian bagi yang melaksanakannya dan cacian atau teguran bagi meninggalkannya.

Zakat tidak diwajibkan kepada semua Nabi dan Rasul, kerana zakat berfungsi sebagai alat pembersih kotoran dan dosa, sedangkan para Nabi dan Rasul terbebas dari dosa dan kemaksiatan kerana mereka mendapat jaminan penjagaan dari Allah S.W.T. Di samping itu kekayaan yang ada di tangan para Nabi adalah amanah Allah S.W.T. yang tidak dapat diwariskan.

Landasan kewajipan zakat disebutkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

1. Al-Quran
Surah Al-Baqarah; ayat 43 yang bermaksud :
“Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat dan tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama dengan orang yang rukuk. 

Surah At-Taubah ayat 103, Ertinya:
“Ambilah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka kerana sesungguhnya doamu dapat memberikan ketenangan bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

Tambahan lagi dalam Surah Al-An’aam; ayat 141 yang bermaksud :
"Makanlah buahnya jika telah berbuah dan tunaikan haknya (kewajipannya) pada hari memetik hasilnya ( dengan dikeluarkan zakatnya).."

2 . As-Sunnah
Rasulullah S.A.W bersada yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar yang maksudnya :
"Islam dibina atas lima rukun : Syahadat tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad S.A.W utusan Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat , menunaikan haji dan puasa Ramadan.."

Hadis diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari Ali R.A yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewajibkan ( zakat ) atas orang-orang kaya dari umat Islam pada harta mereka dengan batas sesuai kecukupan fuqara’ di antara mereka . Orang-orang fakir tidak akan kekurangan pada saat mereka lapar atau tidak berbaju kecuali kerana perilaku orang-orang kaya di antara mereka . Ingatlah bahawa Allah akan menghisab mereka dengan keras dan mengazab mereka dengan pedih.."

3. Ijmak
Ulama baik salaf (klasik) mahupun khalaf (mutakhir) telah sepakat akan kewajipan zakat dan bagi yang mengingkarinya bererti telah kafir dari Islam .



SENARAI AMIL YANG DILANTIK DIKAMPUNG BANDAR

ZON      :
KAMPUNG KURAU 1
AMIL    : EN. MUHAMMAD ZURKASHI B. HJ. ABDULLAH (PAK CAU)
NO. HP : 010-5420169

ZON      : KAMPUNG KURAU 2
AMIL    : EN. ZAMRI B. MISTIN
NO. HP : 018-2240306

ZON      : KAMPUNG BANDAR
AMIL    : TUAN HJ. AHMAD TAJUDIN B. HJ. MAHMUD
NO. HP : 019-6027310

ZON      : KAMPUNG TELUK PULAI
AMIL    : EN. AHMAD ANUAR B. HJ. ISHAK
NO. HP : 013-2750675

ZON      : KAMPUNG AIR TAWAR/SUNGAI INGAT/CHODOI
AMIL    : TUAN HJ. ABD. GHANI B. SIMONG
NO. HP : 019-3933698

# Kadar zakat - RM7.00 seorang
# Derma Tanah perkuburan - minimum RM2.00
# Sila buat temujanji bersama Amil mengikut zon yang telah ditetapkan.



Peta Lokasi Kampung Bandar

Written By Unknown on Sunday, 14 July 2013 | 14:35

Kampung Bandar terletak lebih kurang 13 kilometer atau 8 batu dari pekan Banting. 8 Kilometer dari pekan Teluk Panglima Garang. Terdapat Banyak laluan yang boleh dilalui untuk tiba diKampung Bandar ini.

DARI BANTING

Sekiranya anda dari pekan Banting, anda teruskan perjalanan anda menghala ke tempat bersejarah Jugra dan Bandar. Melalui Jalan Sultan Abdul Samad ini, anda boleh membuat pilihan samaada ingin melalui Kampung Sungai Buaya atau, Jalan pintas melalui Jalan Sultan Suleiman Shah (Jalan Ubi) ataupun Jalan melalui Jugra dan Permatang Pasir. (Sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan)



DARI KLANG



Selepas melalui pekan Telok Panglima Garang, anda akan berjumpa bulatan di persimpangan Banting- Pulau Carey. Anda belok menghala ke Pulau Carey. Selepas itu anda pastikan menuju ke Kampung Sawah, Sungai Buaya, Kampung Bandar dan bukannya ke Pulau Carey. (Sila Rujuk Gambar dan Peta yang dilampirkan) - (KLIK DISINI untuk membaca mengenai jambatan Kampung Sawah)

PETA LOKASI (Wikimapia MAPS)
GOOGLE MAPS

Lihat Peta yang Lebih Besar

Salam Ramadhan 1434H (2013) dari krew D'Bandar Village

Written By Unknown on Tuesday, 9 July 2013 | 12:55


Assalamualaikum W.B

Alhamdulillah dengan izin Allah yang maha berkuasa, Syukur kita kepada Allah kerana masih memberi kehidupan dan nyawa kepada kita semua untuk terus melakukan Amal Makruf Nahi Mungkar dan bersyukur juga kita diatas kurniaNya yang telah memberi kita kesempatan sekali lagi untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Hari ini 09/07/2013 adalah hari terakhir kita berada di bulan Syaaban bagi tahun 1434H, dan esok bermula kita mengerjakan Rukun Islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Penuhilah bulan Ramadhan ini dimana didalamnya terdapat suatu hari yang lebih baik dari 1000 bulan dengan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan. Semoga Ramadhan tahun ini dalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas dan Allah menerima segala amalan kita.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" Al-Baqarah : 185

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan : "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu kami terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika kami disini ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.


Jadual waktu berbuka dan imsak bagi daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam



Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas




"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"




Sumbangan Artikel (Penulis sambilan)

Written By Unknown on Wednesday, 3 July 2013 | 22:34

PEMBERITAHUAN:

Ruangan ini hanyalah untuk mereka-mereka yang berminat untuk turut serta menyumbangkan artikel didalam blog ini sahaja. Sekiranya anda sekadar ingin membuat aduan dan memberi sedikit pandangan atau pendapat, sila mengisi borang maklum balas diruangan Aduan/Cadangan atau KLIK DISINI



MISI PENCARIAN DAN BANTUAN :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman blog D’Bandar Village. Memandangkan pihak kami masih lagi kekurangan maklumat dan sumber artikel yang mampu untuk menaikkan lagi nama Kampung Bandar, dalam ruangan sumbangan artikel ini dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kami dari warga kerja blog D’Bandar Village telah bersetuju untuk menerima sebarang artikel-artikel yang mampu memberi  maklumat serta pengetahuan untuk dikongsikan didalam blog sebagai bahan bacaan pengunjung laman blog ini.

Artikel yang kami inginkan meliputi kepada pengetahuan mengenai sejarah kampung (Bandar dan jugra), keselamatan,  kehidupan bermasyarakat, aktiviti program, pembangunan, keagamaan, pentadbiran serta politik. Walaubagaimanapun kami akan mengenakan beberapa syarat sebelum artikel berkenaan dimuat turun dalam blog.

Syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Setiap artikel hendaklah lengkap, tepat dan padat. Elakkan cerita tergantung.
  2. Jika artikel berkenaan sejarah, sebaik-baiknya tulis tarikh dibuka, pengasas, kisah perjalanan serta lokasi kawasan. Jangan lupa letak pautan sumber maklumat  yang anda perolehi. Kalau orang perseorangan letakkan nama mereka.
  3. Diwajibkan untuk melampirkan gambar. Lagi banyak gambar adalah lebih baik.
  4. Artikel politik. Tidak boleh untuk mempersendakan sebelah pihak sahaja. Yang kami mahukan nak ulas, ulaslah kedua-dua belah pihak dan begitu jugalah sebaliknya. (Ini blog kampung dan masyarakat, bukan blog parti).
  5. Artikel berkenaan hasutan adalah dilarang sama sekali.
  6. Anda  mesti lampirkan juga, nama anda dan asal anda. Sekiranya anda tidak mahu nama anda untuk disiarkan, sila sertakan juga nama samaran.
  7. Kami berhak untuk mengedit kembali artikel anda sekiranya terdapat sebarang yang tidak mengikut syarat dan meragukan. Jika terlalu banyak yang tidak menepati syarat, pihak kami tidak akan menerima artikel anda untuk diposting.
Segala artikel, gambar yang ingin dikongsikan bolehlah dihantar ke pihak kami melalui email  kampungbandarbanting@gmail.com

Dengan ini kami berharap, anda akan dapat menghasilkan artikel yang benar-benar profesional dan beretika. Anggap diri anda seperti wartawan sambilan yang bersikap neutral tidak menyebelahi mana-mana pihak demi mengajar masyarakat kita untuk lebih berfikiran terbuka.

Pertanyaan atau cadangan (maklum balas)

Written By Unknown on Sunday, 30 June 2013 | 06:07



Terima kasih kerana sudi melayari Laman rasmi Kampung Bandar Nan Indah Bersejarah. Jika anda mempunyai sebarang aduan, komen atau cadangan, sila isikan borang maklum balas mengenai laman dibawah ini. 

Sekiranya anda ingin berkongsi artikel, berita dan pengetahuan sejarah mengenai kampung bandar, sila ke ruangan Sumbangan Artikel atau KLIK DISINI untuk mengetahui terma dan syarat-syarat. Terima kasih diatas kerjasama anda.

Nama Anda:
Alamat Email Anda:
Website Anda:
No. Telefon:
Adakah Anda Penduduk Sekitar Kampung Bandar: Ya
Sekitar Selangor
Luar Selangor
Pertanyaan dan Pendapat Anda:

This online form was provided by Freedback.

Kata-kata pembuka bicara Pengerusi JKKK Kg. Bandar

Written By Unknown on Thursday, 27 June 2013 | 14:32

Assalamualaikum W.B dan selamat sejahtera.

Selamat datang kepada pengunjung laman blog rasmi Kampung Bandar, Banting atau nama komersialnya D’Bandar Village Nan Indah Bersejarah. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja blog atas usaha, dorongan dan komitmen semua di atas kewujudan dan pelancaran blog rasmi Kampung Bandar buat julung kalinya ini. Dalam semangat kerjasama untuk menaikkan nama Kampung Bandar ini, peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam penerbitan blog ini adalah amat dihargai. Adalah diharapkan laman blog ini dapat dijadikan sebagai rujukan penduduk kampung serta semua pengunjung tidak kira dimana jua anda berada dan dapat  di layari semudah mungkin.

Penghasilan laman Blog yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya pasti akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat kita terhadap ICT serta membolehkan segala perkembangan negeri dan kampung dapat diikuti oleh segenap masyarakat. Tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman parti politik saya mengharapkan masyarakat kampung dapat bersama-sama bekerjasama untuk menaikkan nama Kampung Bandar ini dimata dunia untuk memberi sumber maklumat terkini dalam penghasilan blog rasmi ini.

Seperti yang kita ketahui pengetahuan asas pengunjung luar terhadap latar belakang Kampung Bandar sebelum ini amatlah terhad. Ini disebabkan kurangnya maklumat didunia cyber berkenaan kampung kita yang kaya dengan warisan sejarah melayu yang terbilang ini. Bagi mereka yang mencintai sejarah Negeri Selangor, mereka terpaksa mengorbankan banyak masa dalam mencari maklumat lengkap dalam  mengkaji serta memahami kisah sejarah yang sebenar.

Hasil pencarian di alam cyber ini, hanya segelintir sahaja pemilik-pemilik blog peribadi yang mengongsikan maklumat monumen sejarah khususnya yang terdapat di Kampung Bandar dan Jugra secara keseluruhannya. Ia adalah satu kerugian besar bagi masyarakat kita dalam menyahut seruan kerajaan bagi memupuk semangat cintakan sejarah tanahair kerana apa yang diperolehi oleh generasi terkemudian hanyalah sekadar maklumat asas sejarah tanpa ada penghayatan yang sebenar. Maka dengan munculnya blog rasmi ini, saya berharap warga kerja blog dapat menghasilkan maklumat yang lengkap dan benar mengenai kegiatan serta kisah monumen sejarah yang ada di kampung ini bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat dengat tepat dan berkesan.

Seperti kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Ini membawa maksud tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, serta yakin dengan kebolehan yang ada, maka impian untuk menonjolkan nama Kampung Bandar ini di persada antarabangsa hanya sekadar omongan kosong sahaja. Maka setelah terhasilnya blog rasmi ini, saya menyeru agar warga kerja blog untuk terus sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyalurkan maklumat dan berita terkini kepada penduduk serta pengunjung laman blog rasmi Kampung Bandar ini.

Akhir kata, saya mengharapkan segala maklumat yang disalurkan dalam laman blog rasmi ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penduduk kampung serta pengunjung dunia cyber. Sekiranya Ada penduduk kampung yang ingin berkongsi maklumat atau karya pengetahuan sejarah, sudilah sekiranya mereka untuk menghubungi JKKK Kampung Bandar ataupun menghantar maklumat serta gambar artikel berkenaan yang ingin dikongsikan ke email kampungbandarbanting@gmail.com untuk dimuat turun kedalam blog rasmi ini oleh warga kerja blog. Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini secara rasminya saya melancarkan blog rasmi “D’Bandar Village Nan Indah Bersejarah” untuk tatapan bersama.

Sekian, Assalamualaikum.W.B.

Tuan Hj. Abdul Razak B. Jaafar
Pengerusi JKKK Merangkap ketua kampung, Kampung Bandar.
42700, Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.