At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Jamuan Hari Raya JKKK dan Masjid Kampung Bandar

Written By Unknown on Friday, 30 August 2013 | 05:08


Kepada semua warga Kampung Bandar adalah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidiftri anjuran JKKK serta Masjid Di Raja Alaeddin Kampung Bandar. Selain majlis rumah terbuka, ia juga bertujuan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim serta bakal-bakal haji tahun ini. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis.

Tarikh : 31 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 08:00 malam hingga 11:00 malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Bandar

Aturcara Majlis :

  • 08:00 - 08:30 malam - Ketibaan Orang Ramai
  • 08:30 - 09:00 malam - Ketibaan VIP
  • 09:00 - Jamuan Rakyat bermula
  • --> Sumbangan Kepada bakal haji
  • --> Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
  • --> Sumbangan duit raya untuk anak-anak bawah 12 tahun
  • 11:00 malam - Majlis Bersurai

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri JKKKP (2013)

Written By Unknown on Friday, 23 August 2013 | 17:30


Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKKKP Kampung Bandar. Majlis akan diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Kepada semua warga penduduk Kampung Bandar adalah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan suasana sambutan hari raya  ini.

Tarikh : 24 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 04:00 petang hingga 06:00 petang
Tempat : Balai Belia Kampung Bandar ( bersebelahan tadika KEMAS dan dewan orang ramai)


Penghayatan Ramadhan di Masjid Sultan Alaeddin Bandar

Written By Unknown on Friday, 12 July 2013 | 15:26


Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2013M/1434H kepada semua ahli qariah Kampung Bandar.

Dalam menyemarakkan lagi suasana beribadah dibulan puasa ini, pihak pengurusan telah pun mempelawa penduduk kampung semua untuk menyertai program-program Masjid Alaeddin yng telah diaturkan. Antara program yang dianjurkan :

  • Majlis berbuka puasa bersama AJK Masjid setiap hari.
  • Solat Tarawikh berjemaah, Tahlil Arwah dan Moreh.
  • Tadarus AL-Quran dewasa, remaja dan wanita.
  • Kuliah Subuh pada pagi Sabtu dan Ahad.
  • Qiamullail pada 10 malam terakhir
  • Pertandingan tulisan khat (KRM)
Sekiranya penduduk kampung ingin bersedakah dan beramal jariah, bolehlah menghulurkan sumbangan untuk Majlis Berbuka puasa, Tadarus Al-Quran & Tahlil Arwah. Berikut adalah diantara kadar sumbangan yang dikenakan :

-> Majlis berbuka puasa - RM150 = 30 orang setiap hari
-> Tahlil Arwh - RM5 = setiap nama arwah
-> Sumbangn tunai (ikhlas)

Jom pakat-pakat kita penuhkan Masjid Bandar di bulan Ramadhan ini. Berbagai acara lain juga turut dianjurkan. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

Sukan tahunan ke-39 Sek. Keb. Bandar

Written By Unknown on Sunday, 7 July 2013 | 02:54

Sukan tahunan sudah sinonim kepada anak-anak sekolah. Setiap tahun sudah pastinya pihak sekolah akan mengadakan acara sukan tahunan samaada secara terbuka ataupun tertutup. Perebutan mahkota juara rumah-rumah yang bertanding menjadi bualan baik guru-gurunya dan pelajar-pelajar, malahan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan suasana.

Begitulah kisahnya yang berlaku pada hari sabtu 6/7/2013, Sekolah Kebangssaan Bandar sekali lagi telah mengadakan acara sukan tersebut. Pada awalnya sukan tahunan ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumat 28/06/2013 lalu, tetapi disebabkan cuaca jerebu yang melanda menyebabkan ia ditangguhkan ke traikh semalam. Rupanya bukan sekolah ini sahaja yang mengadakan sukan, malah hampir kesemua sekolah di daerah Kuala Langat ini juga mengadakan sukan pada tarikh serentak.


Cuaca diwaktu pagi agak mendung menandakan hari mahu hujan. Seperti yang diramal, akhirnya sewaktu acara sudah bermula, hujan turun membasahi bumi membuatkan acara ditangguhkan buat sementara wktu. Selepas berhentinya hujan, acara diteruskan. Tidak ketinggalan juga pihak sekolah juga telah mengadakan acara untuk kaum ibubapa dan juga anak-anak kecil dibawah umur 6 tahun. 




Kalau dulu, setiap kali sukan tahunan berlangsung, sudah pasti akan dibuat secara besar-besaran. Akan diadakan pertandingan rumah tercantik. Dimana setiap rumah perlu menghias setiap sudut khemah yang dihuninya. Tetapi kini semuanya itu tinggal kenangan. Apa puncanya hanya pihak sekolah sahaja lebih memahami.



Setelah menghabiskan kesemua acara, akhirnya rumah Kuning menjadi johan keseluruhan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili rumah kuning. Hakikatnya walau siapa pun yang menang, matlamat utamanya adalah untuk mngeratkan lagi hubungan pelajar, guru-guru dan juga ibubapa. Diharap pada tahun akan datang, pihak sekolah akan dapat membuat yang lebih terbaik lagi.








Temasya Adat dan Warisan Selangor 2013

Written By Unknown on Wednesday, 3 July 2013 | 12:03


Sempena meraikan hari muzium antarabangsa bagi peringkat negeri Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah memilih Istana Alaeddin di Kampung Bandar sebagai lokasi pilihan untuk mengadakan Temasya Adat dan Warisan Negeri Selangor. Program yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut dari 21-23 Jun 2013 ini, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Selain dipilih menjadi kawasan lokasi temasya kerana latar belakang sejarahnya, Istana Alaeddin ini menjadi pilihan untuk tahun ini juga disebabkan perancangan oleh PADAT akan menjadikan Istana Bandar ini sebagai Muzium yang berkonsepkan "living museum". Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato Seri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Bin Ibrahim pada pagi Sabtu 22 Jun 2013.

Pelbagai program telah diatur untuk dihidangkan kepada tetamu yang menghadiri majlis selama 3 hari berturut-turut ini. Atur cara program tersebut ialah : -


21 Jun 2013 ( Jumaat )

8.00 pg         :    Persiapan tempat dan raptai
5.00 petang :    Potong/lapah lembu ( 2 ekor )
7.00 petang :    Solat Maghrib di Masjid Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
        :    Ceramah oleh Ustaz Abdul Halim Din bertajuk "Amalan Syirik dan Khurafat dalam                                       Konteks Adat Masyarakat Melayu"
                      :    Solat Isyak

22 Jun 2013 ( Sabtu )

8.00 pagi      :    Gotong royong memasak/rewang ( 2 ekor lembu )
8.30 pagi      :    Pelepasan kumpulan Jom Kayuh ke Muzium Insitu Jugra
10.30 pagi    :    Majlis perasmian program
        :    Ketibaan tetamu jemputan
        :    Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Seri Menteri Besar Selangor
        :    Nyanyian lagu Negeri Selangor
        :    Bacaan Doa
        :    Ucapan aluan oleh YB Pengerusi PADAT
        :    Ucapan Perasmian oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Menteri Besar Selangor
        :     Lawatan ke Istana dan tapak program serta demontrasi
        :    demontrasi silat
12.30 tgh  :    Jamuan makan kenduri kampong
1.30 ptg    :    Zohor
2.30 ptg    :    Seminar "Sejarah dan Warisan Kuala Langat"


Mohd Ali bin Alimin
Guru Penolong Kanan HEM,
SK RTB Bukit Canggang, Banting
Kuala Langat : Kenangan Mengusik Jiwa

Mohamad Rozi bin Abd Razak
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategik,
Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan,
UKM Bangi
Kuala Langat Dalam Konteks Pembangunan Sosio-Ekonomi Selangor

Moderator :
Mohd Lotfi bin Nazar

       :    Demontrasi
            Silat
            Cempuling
            Telepok
            Kelingkan
            Lipatan setanjak/sampan
            Dabus
            Qasidah
        :    Pertandingan sukan rakyat
4.30 ptg    :    Asar/minum petang
7.30 mlm  :    Maghrib
        :    Tahlil dan doa selamat
8.30 mlm  :    Isyak

23 Jun 2013 ( Ahad )

8.00 pagi    :    Pendaftaran peserta
        :    Pertandingan dan demontrasi
            Masakan tradisional
            Lukisan/mewarna
            Silat
            Sepak raga bulu ayam
            Congkak
            Dam haji
            seremban
            Tiang licin
            Tarik upih
        :    Persembahan Kesenian
            Rodat
            Cempuling
            Kuda Kepang
            Tarian Piring
            Dabus
            Hadrah
1.00tgh     :    Rehat/Solat Zuhur
2.00ptg     :    Acara pertandingan/demontrasi dan persembahan diteruskan
4.30 ptg    :    Solat Asar
5.00 ptg    :    Majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan
6.00 ptg    :    Gotong royong membersih kawasan program

Ketika berlangsungnya program, kawasan sekitar ketika itu sedang dilanda jerebu. Walaupun begitu ia sedikit pun tidak melemahkan penduduk kampung dan penganjur untuk menjayakan program ini sehingga keakhirnya. Diharap program sebegini harus diperkenalkan setiap tahun untuk mengeratkan lagi masyarakat serta pemimpin kerajaan.


GALERI GAMBAR

Program "REWANG RAKYAT"





"MAJLIS PERASMIAN"







"KEBUDAYAAN"



"PAMERAN"








"PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT"












** Lagi gambar. KLIK DISINI















Gotong royong surau As-Solehah Kg. Kurau 2013

Setiap kali hampir berkunjungnya bulan Ramadhan, setiap kali itulah AJK Surau As-Solehah akan mengadakan program gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran surau. Seperti sudah menjadi acara tradisi surau dimana setiap tahun program sedemikian akan sentiasa dilaksanakan.

Persiapan membersihkan dah mengindahkan lagi surau sudah pastinya menjadi tanggungjawab bukan sahaja bagi AJK surau, malah seluruh ahli qariah bagi memberi keselesaan jemaah yang bakal memenuhi surau untuk menegerjakan ibadah didalam bulan Ramadan nanti. Selain sikap perihatin terhadap penjagaan rumah Allah ini, ia juga memupuk semngat bekerja sama antara penduduk setempat dalam mengeratkan lagu hubungan sesama jiran tetangga.


Program yang telah berlangsung pada hari ahad 30/06/2013 lalu, bermula seawal jam 8:00 pagi. Setiap peserta telah pun diarahkan untuk membawa kelengkapan masing dan terus memulakan kerja-kerja pembersihan. Membasuh dinding surau, membakar sampah sarap, memperkemaskan lagi pendawaian eletrik serta tidak lupa memvacum karpet didalam surau. Akhirnya setelah semua kerja-kerja selesai, peserta dijamukan dengan sedikit hidangan sambil-sambil melepaskan lelah penat bekerja.


Diharapkan program sedemikian akan terus menyusul saban tahun bahkan sebaik-sebaiknya dilakukan 3 atau 4 bulan sekali bagi menjamin kebersihan kawasan surau terus berkekalan.