At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra

Written By Unknown on Sunday 15 September 2013 | 14:41

Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan, yang sentiasa dikunjungi oleh kaum kerabat, maka bagi makam sultan ini juga sentiasa dikunjungi terutama oleh kaum kerabat diraja, bahkan oleh rakyat jelata juga. Oleh yang demikian, makam Sultan Abdul Samad ini, yang terletaknya di atas Bukit Jugra itu, sentiasa dijaga dengan rapi dan terus terpelihara.

Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhannya, kawasan permakaman ini berpagar.


Di satu kawasan yang luasnya lebih kurang 5 ekar, terdapat antara lain, sebuah binaan batu yang besar, dan di dalamnya terdapat makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898, memerintah dari tahun 1859 hingga 1898. Manakala makam-makam lain yang terletak di bahagian luar kompleks adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Makam Almarhum Tunku Jaafar, Makam Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad.


Di luar bangunan itu, terdapat beberapa perkuburan, terutama yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, dan sesetengahnya adalah bangunan lebih kecil seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. Pada masa ini, kira-kira 90m daripada makam ini, disediakan sebuah padang tempat letak kereta. Dari situ, untuk sampai ke makam, disediakan tangga batu untuk memudahkan para pelawat melawat ke atas. Bekalan api dan air juga diadakan di sekitar kawasan makam itu.





Makam DiRaja Kampung Bandar

Salah satu destinasi wajib yang perlu dilawati di Kampung Bandar ini adalah Makam DiRaja Kampung Bandar. Terletak lebih kurang 500 meter dari masjid dan istana Kampung Bandar, makam diraja ini juga menjadi tempat bersemadinya kerabat-kerabat diraja samaada yang terdahulu hinggalah yang terkini.

Makam Kampung Bandar ini juga adalah kesinambungan dari Makam Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra. Disini telah disemadikan Bonda kepada Almarhum Sultan Hisamuddin, Allahyarhamah Cik Hasnah Binti Pilong. Saban tahun menjelangnya bulan Ramadhan, Sultan Selangor pasti akan membuat kunjungan ke makam ini berserta makam Bukit Jugra.

Didalam kawasan makam ini juga terdapat tapak bekas masjid lama sebelum Masjid Alaeddin sekarang. anda boleh mengetahui serba sedikit mengenai tapak masjid lama Kampung bandar ini DISINI

Bersebelahan makam diraja ini juga terdpat kawasan tanah perkuburan bagi penduduk kampung Bandar. Jika diikutkan selain di tempat ini, di kampung Bandar ini juga terdapat tiga lagi kawasan perkuburan. Ketiga-tiga kawasan perkuburan ini merupakan kubur-kubur lama yang terletak dikawasan Masjid Kampung Bandar, Belakang Sekolah kebangsaan Bandar dan juga berhampiran kawasan sungai. Walaubagaimanapun yang kekal dan sedang digunakan adalah di kawasan makam diraja ini.



PETA LOKASI





Jamuan Hari Raya JKKK dan Masjid Kampung Bandar

Written By Unknown on Friday 30 August 2013 | 05:08


Kepada semua warga Kampung Bandar adalah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidiftri anjuran JKKK serta Masjid Di Raja Alaeddin Kampung Bandar. Selain majlis rumah terbuka, ia juga bertujuan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim serta bakal-bakal haji tahun ini. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis.

Tarikh : 31 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 08:00 malam hingga 11:00 malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Bandar

Aturcara Majlis :

  • 08:00 - 08:30 malam - Ketibaan Orang Ramai
  • 08:30 - 09:00 malam - Ketibaan VIP
  • 09:00 - Jamuan Rakyat bermula
  • --> Sumbangan Kepada bakal haji
  • --> Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
  • --> Sumbangan duit raya untuk anak-anak bawah 12 tahun
  • 11:00 malam - Majlis Bersurai

Geografi, kegiatan penduduk Kampung Bandar

Written By Unknown on Sunday 25 August 2013 | 18:16


Mungkin masih ramai lagi yang masih tidak mengetahui geografi, lokasi serta sejarah latar belakang Kampung Bandar. Artikel seterusnya ini sedikit sebanyak akan memberi anda maklumat mengenai keadaan bentuk muka bumi,  kegiatan harian penduduk serta masyarakat berbilang kaum. Jika anda ingin mengetahui lokasi Kampung Bandar sila KLIK SINI dan jika ingin mengetahui sejarah latar belakang Kampung Bandar sila KLIK SINI .

SEKILAS PANDANG

Nama : Kampung Bandar
Mukim : Bandar Dan Jugra
Daerah : Kuala Langat
Negeri : Selangor
Ketua Kampung JKKK   : Tuan Haji Abdul Razak B. Haji Jaafar
Ketua Kampung JKKKP : Tuan Haji Mokhtar B. Dikun
Parlimen : YB Abdullah Sani B. Abdul Hamid ( P112 - Kuala Langat)
DUN : YB Tuan Haji Hasnl B. Baharuddin (N53 - Morib)


KEADAAN MUKA BUMI

Alhamdulillah bumi Kampung Bandar ini dikurniakan tanah yang subur serta jarang berlaku bencana alam yang menimpa penduduk. Tanah berkategori tanah liat sememangnya sesuai untuk bercucuk tanam. Jika kita kaji semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad, sawah padi juga pernah wujud dikawasan kampung Bandar ini. Walaubagaimanapun sawah padi berkenaan hanya diusahakan dikawasan tertentu pada waktu zaman dahulu sahaja. Kawasan lain kebanyakkannya  lebih kepada tanaman kontan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Sebahagian persempadanan Kampung Bandar iaitu dibahagian utara dan barat adalah dikelilingi dengan sungai Langat. Jadi disebabkan kedudukan Kampung Bandar ini di sekitar muara sungailah ia menjadi antara sebab mengapa kampung ini menjadi pusat pemerintahan negeri Selangor di bawah pemerintahan Sultan Ala'eddin Suleiman Shah.

Keadaan muka bumi yang rata menjadikan ia masih dikategorikan selamat dari bencana alam seperti banjir besar. Pernah juga banjir melanda di beberapa kawasan dalam kampung, tetapi ia tidaklah pula ditahap kritikal. Ketika ini, setiap setahun sekali kerja-kerja mendalamkan parit-parit utama akan dilakukan bagi melancarkan perjalanan air mengalir ke kawasan sungai.


Sekitar tahun selepas merdeka, penduduk-penduduk disini masih meneruskan tradisi bercucuk tanam dengan tanaman kontan dikebun-kebun mereka. Ada yang sudah mula menanam pokok kopi, koko, kelapa serta pokok buah-buahan. Selepas tahun 1990, sedikit demi sedikit pokok-pokok kopi dan koko telah ditukar kepada tanaman pokok sawit. Kini hampir 90% tanah-tanah dikampung ini telah dipenuhi dengan tanaman sawit. Selebihnya tanaman kontan seperti pisang, serai , tanah rizab serta ternakan.


MASYARAKAT

Mengikut data yang dikeluarkan oleh JKKK pada tahun 2010, Kampung Bandar ini hanya dihuni oleh dua bangsa sahaja iaitu bangsa Melayu dan Cina. Jumlah keseluruhan penduduk Kampung pula ialah sekitar 2500 orang  dimana 95% dari jumlah tersebut adalah bangsa Melayu. Kebanyakkan penduduk yang berbangsa Cina ini tinggal di pekan kecil iaitu Pekan Chodoi.


Sila lihat carta dibawah berkenaan data-data penduduk di Kampung Bandar.

DATA MENGIKUT BANGSA
BANGSA
LELAKI
WANITA
JUMLAH
MELAYU
1086
1214 2300
CINA
64
86 150
INDIA
TIADA
TIADA TIADA
LAIN-LAIN
TIADA
TIADA TIADA

DATA MENGIKUT UMUR
UMUR
LELAKI
WANITA
JUMLAH
60 TAHUN KE ATAS
130
120 250
59 - 40 TAHUN
248
252 500
39 - 18 TAHUN
295
325 620
17 - 13 TAHUN
151
197 348
12 - 6 TAHUN
183
218 401
5 - 0 TAHUN
143
188 331


PEKERJAAN

Dari segi pekerjaan pula penduduk di Kampung Bandar ini melkukan berbagai-bagai pekerjaan mengikut taraf pendidikan, keinginan serta warisan keluarga. Majoritinya penduduk lebih cenderung untuk bekerja di sektor swasta terutamanya bahagian industri (kilang). Kedudukan kampung yang strategik untuk menuju ke tempat kerja di kawasan perindustrian samaada ke pekan Banting, Teluk Panglima Garang, Klang, Shah Alam dan Pelabuhan Klang menjadikan ia pilihan utama untuk mencari rezeki. Selain itu ada juga yang bekerja di sektor kerajaan, bekerja sendiri, pekebun, penternak dan juga nelayan. Berikut adalah data anggaran penduduk kampung mengikut sektor pekerjaan.

DATA MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN
SEKTOR
LELAKI
WANITA
JUMLAH
KERAJAAN
100
30 130
SWASTA
230
120 350
SENDIRI
60
15 75
PENTERNAK
7
- 7
NELAYAN
20
- 20
PENGANGGUR
40
30 70
LAIN-LAIN
-
- -


POLITIK

Seperti yang sedia maklum pada bulan May tahun 2013 ini telah pun dilangsungkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Secara rawaknya pandangan politik penduduk-penduduk kampung disini masih seimbang bergantung isu-isu semasa yang berlaku. Walaupun secara umumnya ramai penduduk-penduduk kampung disini lebih cenderung kepada Kerajaan Pusat iaitu Parti Komponen Barisan Nasional, tetapi sokongan terhadap Parti Pakatan Rakyat tetap juga mendapat sambutan. Ia hanyalah sekadar pandangan dan sokongan individu. Bertelagah sewaktu pilihanraya itu adat, tetapi mereka pasti akan beransur-ansur tenang dan keadaan menjadi pulih seperti biasa selepas berlangsungnya pilihanraya.


Dua jawatan Ketua Kampung yang wujud di semua kawasan di Negeri Selangor ini sebenarnya adalah sesuatu yang membawa kebaikan daripada keburukkan. Jawatan ketua kampung bagi pihak JKKK (wakil kerajaan negeri) dan JKKKP (wakil kerajaan pusat) bermula sejak 2008 apabila parti Pakatan Rakyat berjaya menakluki Negeri Selangor pada PRU 12 lalu. Jika ketua kampung serta AJKnya dari kedua-dua belah pihak bijak menggunakan kuasa yang ada, tanpa memilih bulu dan salah guna kuasa, sudah pasti kampung berkenaan akan bertambah maju. Mengapa? JKKK sudah pastinya akan mendapat dana dari Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Rakyat. Sementara JKKKP pula mendapat dana mereka dari Kerajaan Pusat. Jadi sekiranya kedua2 pihak berjaya memohon seberapa banyak dana yang boleh, sudah pasti dana itu dapat digunakan untuk membangunkan kampung, membantu penduduk serta memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sampingan. Sudah pasti penduduk juga yang untung. Mudah-mudahan semua kampung dapat merasai kekayaan hasil bumi Malaysia.

Berikut adalah data Pilihan Raya Umum bagi Unit Peti Undi di Kampung Bandar (Sek. Keb. bandar) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 May 2013.


PARLIMEN P112 KUALA LANGAT
SALURAN
BN
BEBAS
PKR
UNDI ROSAK
MAJORITI
SALURAN 1
175
0 122
14
53
SALURAN 2
343
1 239
1
104
SALURAN 3
343
0 211
11
132
JUMLAH
861
1 572
26
289

DUN N53 MORIB
SALURAN
PAS
BN
UNDI ROSAK
MAJORITI
SALURAN 1
132
176
3
44
SALURAN 2
255
329
1
74
SALURAN 3
223
339
3
116
JUMLAH
610
844
7
234



Majlis sambutan hari raya Aidilfitri JKKKP (2013)

Written By Unknown on Friday 23 August 2013 | 17:30


Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKKKP Kampung Bandar. Majlis akan diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Kepada semua warga penduduk Kampung Bandar adalah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan suasana sambutan hari raya  ini.

Tarikh : 24 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 04:00 petang hingga 06:00 petang
Tempat : Balai Belia Kampung Bandar ( bersebelahan tadika KEMAS dan dewan orang ramai)


Kelapa parut dan Santan Shukur Rahmat


Seperti yang kita ketahui, diwaktu ini pokok-pokok kelapa disekitar Kampung Bandar semakin berkurangan. Ini disebabkan ramai penduduk yang telah menebang pokok kelapa untuk dijual batangnya serta dari keselamatannya untuk mengelakkan pokok tumbang dan mengenai rumah.

Keperluan buah kelapa sememangnya menjadi topik hangat dikalangan penduduk. Buah kelapa yang bukan sahaja pada asasnya sebagai bahan minuman, tetapi keutamaannya sudah pastilah dalam bidang masakan. Masak Lemak, rendang, dodol, serunding dan pelbagai lagi sememangnya amat memerlukan kelapa. Untuk menggunakan santan kotak (segera) sudah pasti rasanya agak kurang berlemak. Maka alternatif lain terpaksa juga untuk menggunakan kelapa asli.


Untuk itu, penduduk di Kampung Bandar dan sekitarnya tidak lagi perlu risau. Ketika ini di Kampung Bandar sudah pun mempunyai penduduk yang menjual produk berkenaan kelapa ini. Terletak di Jalan Teluk Pulai, En. Shukur B. Rahmat telah pun memulakan perniagaan ini dihalaman rumahnya sejak setahun yang lalu. Bukan sahaja beliau menjual buah kelapa yang tua, malah beliau menyediakan kelapa yang sudah diparut serta pati santan untuk menampung keperluan harian penduduk. Harga yang ditawarkan untuk sekilo santan sekitar RM6 bergantung harga pasaran buah kelapa yang diperolehi.  Apa yang pasti santan yang beliau hasilkan tidak dicampurkan dengan air dan sememangnya 100% perahan kelapa parut.


Selain kelapa parut dan pati santan, beliau juga menjual kerisik untuk membuat rendang serta cili  giling. Jadi dipendekkan cerita penduduk sekitar tidak perlu risau lagi unruk mendapatkan bahan-bahan ini kerana segalanya ada di kedai En. Shukur.


Untuk membuat tempahan
En. Shukur B. Rahmat
Jalan Teluk Pulai (Kampung Teluk Pulai)
010-4396920

PETA LOKASI :



Salam Aidilfitri 1434H (2013) dari Kampung Bandar

Written By Unknown on Tuesday 6 August 2013 | 21:38

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B. Alhamdulillah bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmatnya kita masih terus dapat bersama sehingga hari ini.


Berakhirnya Ramadhan dan bermulanya Syawal. Adakah kita telah berjaya memanfaatkan bulan Ramadhan tahun ini. Adakah kita mampu lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Mudah-mudah Allah masih lagi memberi peluang untuk kita menikmati bulan yang penuh keberkatan ini di tahun mendatang.

Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini masa yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba. Bulan Syawal, bulan untuk meraikan kemenangan setelah mengharungi dugaan dan cabaran di bulan Ramadhan semestinya diraikan. Segala persiapan hari raya telah pun diharungi dan hanya menunggu hari raya sahaja untuk diterjemahkan. Kunjung mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semestinya diteruskan bagi mengeratkan kembali hubungan yang semakin jauh akibat batasan pekerjaan..

Didalam kegembiraan, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hargailah mereka semampu yang boleh. Sesungguhnya mereka juga wajib merasai kemenangan sama seperti kita. Semoga hari raya ini akan memberi seribu makna kepada kalian.

Dikesempatan ini, kami bagi pihak D'Bandar Village memohon maaf diatas segala keterlanjuran baik dari segi bahasa, percakapan atau perbuatan yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain. Lumrah manusia tidak terlepas dari membuat sebarang kesilapan.Diharapnya penduduk Kampung Bandar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang mungkin terasa jauh akibat fahaman politik serta batas-batas kehidupan harian lain. Wasalam....

*psss... Kepada yang balik kampung tu, janganlah cepat panas bontot akibat tiada WIFI, ASTRO dan hiburan lain. Manfaatkan hari raya dan cuti panjang anda bersama keluarga dengan sebaik mungkin...







Projek makanan ringan (kerepek)- Umi Enterprise

Written By Unknown on Sunday 4 August 2013 | 17:02


Tidak kira siapa anda, apabila berada di sekitar pekan Banting atau daerah Kuala Langat khususnya, sudah pasti akan mencari lokasi industi pembuatan kerepek yang menjadi sebutan disini. Banting sememangnya sinonim dengan industri kerepek. Jadi tidak hairanlah jika ada penggemar-penggemar kerepek dari luar daerah ini seperti Kuala Lumpur, sanggup datang kesini untuk merasai citarasa kerepek yang sebenar.


Di Kampung Bandar industri kecil pembuatan kerepek ini sebenarnya sudah lama bertapak. Umi Enterprise adalah salah satu dari pengusaha yang berjaya dalam industri kerepek di Kampung Bandar. Produknya yang tidak hanya berasaskan ubi dan pisang sahaja, malahan bahulu dan beberapa jenis kuih lain turut diproseskan disini.


Pasaran Umi Enterprise ini lebih tertumpu di Kawasan Kuala Lumpur. Sekiranya anda penduduk di Kuala Lumpur, sebenarnya tidak bermasalah untuk mendapatkan produk dan mencari Umi Enterprise ini. Mereka berada di pasar malam Kampung Batu Muda pada petang Rabu dan Pasar Tani Taman Permata pada pagi Sabtu.


Umi Enterprise juga sedia menerima tempahan secara pukal dengan menawarkan harga yang terbaik untuk kepuasan anda. Jika anda tiba di Kampung Bandar, Jangan lupa singgah di kilang Umi Enterprise untuk mendapatkan buah tangan dari daerah Banting.


MAKLUMAT

UMI ENTERPRISE
lot 214, Jalan Kurau, 
Kampung Bandar, 42700 Banting.
Zamzaini @ Along - 013-6413435
http://www.facebook.com/zamna.ejam

PETA LOKASI