At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , , » Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat

Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat

Written By Unknown on Thursday 11 July 2013 | 14:13


Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam pembinaan.


KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.


Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 - 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer  dan 3 makmal bahasa desediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .


Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, satu padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.


KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.


PETA LOKASI



MAKLUMAT :
Kolej Matrikulasi Selangor, 
Kementerian Pelajaran Malaysia, 
Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor
Tel:+603-31201410 | Faks:+603-31201732
Emel: webmaster@kms.matrik.edu.my
Website : - http://www.kms.matrik.edu.my
Share this article :

0 comments:

Post a Comment