At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , » Kolam Pancing Kampung Bandar

Kolam Pancing Kampung Bandar

Written By Unknown on Sunday 14 July 2013 | 12:46


Dengan Kedudukan Kampung Bandar yang dikelilingi Sungai Langat,  menjadikan ia sebuah kampung yang sering kali dikunjungi oleh kaki pancing. Selain mereka boleh memancing di sekitar tebing sungai Langat ini, mereka juga boleh mencuba nasib di 3 kolam pancing yang berasingan yang terdapat di Kampung Bandar ini. Setiap kolam yang berlainan pemilik ini juga mempunyai keistimewaan masing-masing. Dari segi bayaran, keselesaaan dan jenis-jenis ikannya.

JUGRA SPORT FISIHING (JSF)



Jugra Sport Fishing (JSF) ini adalah kolam pancing yang pertama sekali dibuka di Kampung bandar ini. Telah beroperasi sekitar 6 tahun, kolam pancing ini kerap menjadi kunjungan ramai dan namanya sering juga menjadi bualan pemancing-pemancing dari luar.


JSF ini seringkali juga menjadi medan pertandingan memancing bagi syarikat-syarikat, pertubuhan sekitar Kuala Langat ini. Selain itu keselesaan dan kemudahan disini amatlah mencukupi. Ini membuatkan pemancing-pemancing disini lebih tenang dan santai dikala menantikan pancing mereka disambar sang ikan.


Hubungi mereka di FACEBOOK






PETA LOKASI


SIAKAP GOLD FISHING ENTERPRISE


Kolam pancing Siakap Gold Fishing ini telah dibuka sejak setahun setengah yang lalu.  Kolam pancing ini terletak di Kampung Air Tawar, Kampung Bandar. Pada asalnya kolam pancing ini adalah tapak menternak Udang Harimau. Walaubagaimanapun akibat kualiti air yang kurang menyenangkan, pemilik kolam ini telah mencuba pula untuk menternak udang putih. 



Kini atas minat dan permintaan ramai kaki-kaki pancing, pemilik kolam ini akhirnya menjadikan kolam udang ini sebagai kolam pancing ikan masin. Beroperasi 7 hari seminggu, kolam ini semakin hari semakin mendapat sambutan kepada penggemar jenis memancing di kolam ini. Bagi anda yang belum sampai kesini, marilah mencuba kelainan memancing disini..



PETA LOKASI



KOLAM PANCING PELITA HARMONI


Kolam pancing ini dibuka lebih kurang hampir setahun yang lalu. Dikalangan penduduk disini, mereka lebih mesra memanggil kolam pancing ini Kolam Acheh. Ini kerana pekerja-pekerja di kolam ini adalah berasal dari Acheh Indonesia.


Seperti kolam Siakap Gold Fishing, Kolam Pancing Pelita Harmoni ini juga lokasinya terletak di Kampung Air Tawar. Jauhnya Antara kedua-dua kolam ini sekitar 500 meter sahaja. Walaupun berdekatan, tetapi seperti yang diperkatakan, kolam pancing Pelita Harmoni ini juga mendapat sambutan hangat dari kaki-kaki pancing. 


Istimewa bagi pemancing tengah malam minggu, kolam pancing ini tidak akan mengenakan sebarang bayaran keatas ikan yang diperolehi. Mungkin juga ini salah satu tarikan yang ada disini. Bagi sesiapa yang ingin ke kolam ini, bolehlah mendapatkan sedikit info yang diberikan disini.

  • Waktu operasi –Ahad hingga jumaat 8pagi – 12tgh malam
  • 1 joran RM3
  • Ikan sekilo RM15   
  • Waktu tambahan - (Sabtu – 24 jam)
  • selepas jam 12 malam 1 joran RM30
  • Umpan udang – 10 ekor percuma
  • Ikan x perlu timbang
Hubungi : 012-6499872 -ajib


Share this article :

0 comments:

Post a Comment