At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

SJK (C) Tiong Nam, Sungai Buaya

Written By Unknown on Sunday, 14 July 2013 | 17:44


SJK (C) Tiong Nam ini telah ditubuhkan lebih dari 80 tahun yang lalu. Ia terhasil dari gabungan dua buah sekolah sekitar pada tahun 1931. Sekolah rendah yang terletak di pekan Chodoi ini adalah satu-satunya sekolah rendah Cina yang berada di sekitar Mukim Bandar Dan Jugra Ini. Walaupun ia dinamakan sekolah Sungai Buaya, tetapi ia masih lagi dibawah kawasan Kampung Bandar.


Sekolah ini sentiasa mendapat peruntukan dari kerajaan pusat untuk menaik taraf bangunan sekolahnya. Banyak kemudahan yang terdapat di dalam sekolah ini seperti bilik ping pong, pusat sumber, gelanggang bola keranjang, dewan dan sebagainya..


SJK(C) TIONG NAM , SUNGAI BUAYA,
42700 BANTING , SELANGOR.
TEL/FAX:03-31201507
EMAIL: tiongnamsjkc@gmail.com
Website : http://sjkctiongnam.blogspot.com

PRA, TADIKA di Kampung Bandar


Dikampung Bandar hanya terdapat 3 buah sekolah Tadika atau PRA yang hanya untuk anak-anak dibawah umur 6 tahun sahaja. Lebih mesra di gelar Tadika, sememangnya menjadi kewajipan untuk ibubapa menghantar anak-anak mereka seawal umur 4 tahun untuk diberi pendedahan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.


TADIKA KEMAS

Tadika KEMAS adalah tadika paling awal diwujudkan di Kampung Bandar ini. Di Bawah Kementerian Luar Bandar di bawah seliaan KEMAS, Tadika ini masih bertahan sehingga kini. Pembelajaran mengikut kesesuaian ilmu terkini.





PASTI AS-SALAM

Tadika PASTI adalah tadika dibawah kelolaan Parti Islam Semalaysia (PAS). Mula ditubuhkan pada tahun 2009 bertempat di Markas PAS Cawangan Kampung Bandar. Kini sudah 5 tahun, PASTI ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat untuk menempatkan anak-anak mereka disini. Penerapan ilmu agama adalah menjadi keutamaan dalam mata pembelajaran anak-anak disini.





TADIKA PRA SEKOLAH

Tadika PRA sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2008. PRA sekolah ini terletak disekolah Kebangsaan Bandar. Hanya terdapat satu kelas sahaja dimana kelas ini sekadar menerima 25 orang murid. Anak-anak berumur 6 tahun lebih diutamakan dan selebihnya barulah anak-anak berumur 5 tahun akan diserapkan jika kekurangan kanak-kanak berumur 6 tahun menyertainya. Selain itu, tujuan PRA sekolah ini diwujudkan juga adalah untuk membantu penduduk-penduduk kampung yang mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu untuk ke Tadika lain terutamanya swasta.







Sekolah Kebangsaan Bandar, Kampung Bandar

Written By Unknown on Wednesday, 10 July 2013 | 14:30


Sekolah Kebangsaan Bandar telah ditubuhkan pada 13 Mac 1898 dengan nama Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakly Raja. Ia telah dikendalikan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah iaitu Sultan Selangor yang ke-V.

Perasmian Bangunan Tambahan Sekolah

Muridnya seramai 53 orang kesemunya lelaki. Guru besarnya En. Buruk b. Haji Ahmad. Beliau dilantik oleh Almarhum Raja Muda Musa. Bangunan pertama didirikan di atas tapak tanah yang terletak di Kampung Sungai Ingat di Simpang Tiga kira-kira 400 meter jaraknya dari Istana Bandar.

Bekas tapak kawasan sekolah lama (di sebelah Masjid Alaeddin)


Selepas 5 tahun sekolah ini dipindahkan di sebuah tanah lapang berhampiran istana (luar istana) kerana sekolah asal telah dijadikan tempat solok (tempat ibadat). Ini juga tidak kekal kerana tempat ini dijadikan tempat latihan Velenter dan majlis keramaian. Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah mendirikan sekolah baru di perkarangan istana dan di sinilah anakanda iaitu Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dan YM Raja Uda (Bekas Gabenor Pulau Pinang) bersekolah.

Bangunan paling tua dalam Sekolah Kebangsaan Bandar. 

Pada tahun 1952, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, tiang batu beratap nipah di mana sekolah itu kekal sehingga sekarang dan masih digunakan sehingga kini. Sekolah lama dijadikan sekolah agama. Di sini jugalah DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah mendapat pendidikan awalnya.

Mercu tanda sambutan 100 tahun Sek. Keb. Bandar
Pada 18 Oktober 2001 yang lalu, Sekolah kebangsaan Bandar telah mengadakan sambutan 100 tahun sekolah ini. Ia telah disempurnakan oleh pemangku Sultan Selangor ketika itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (kini Sultan Selangor).

Senarai guru-guru besar yang pernah dan sedang berkhidmat di Sek. Keb. Bandar

Pintu gerbang memasuki kawasan sekolah


PETA LOKASI

Sukan tahunan ke-39 Sek. Keb. Bandar

Written By Unknown on Sunday, 7 July 2013 | 02:54

Sukan tahunan sudah sinonim kepada anak-anak sekolah. Setiap tahun sudah pastinya pihak sekolah akan mengadakan acara sukan tahunan samaada secara terbuka ataupun tertutup. Perebutan mahkota juara rumah-rumah yang bertanding menjadi bualan baik guru-gurunya dan pelajar-pelajar, malahan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan suasana.

Begitulah kisahnya yang berlaku pada hari sabtu 6/7/2013, Sekolah Kebangssaan Bandar sekali lagi telah mengadakan acara sukan tersebut. Pada awalnya sukan tahunan ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumat 28/06/2013 lalu, tetapi disebabkan cuaca jerebu yang melanda menyebabkan ia ditangguhkan ke traikh semalam. Rupanya bukan sekolah ini sahaja yang mengadakan sukan, malah hampir kesemua sekolah di daerah Kuala Langat ini juga mengadakan sukan pada tarikh serentak.


Cuaca diwaktu pagi agak mendung menandakan hari mahu hujan. Seperti yang diramal, akhirnya sewaktu acara sudah bermula, hujan turun membasahi bumi membuatkan acara ditangguhkan buat sementara wktu. Selepas berhentinya hujan, acara diteruskan. Tidak ketinggalan juga pihak sekolah juga telah mengadakan acara untuk kaum ibubapa dan juga anak-anak kecil dibawah umur 6 tahun. 




Kalau dulu, setiap kali sukan tahunan berlangsung, sudah pasti akan dibuat secara besar-besaran. Akan diadakan pertandingan rumah tercantik. Dimana setiap rumah perlu menghias setiap sudut khemah yang dihuninya. Tetapi kini semuanya itu tinggal kenangan. Apa puncanya hanya pihak sekolah sahaja lebih memahami.



Setelah menghabiskan kesemua acara, akhirnya rumah Kuning menjadi johan keseluruhan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili rumah kuning. Hakikatnya walau siapa pun yang menang, matlamat utamanya adalah untuk mngeratkan lagi hubungan pelajar, guru-guru dan juga ibubapa. Diharap pada tahun akan datang, pihak sekolah akan dapat membuat yang lebih terbaik lagi.