At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , , , , » Tapak Masjid (lama) Raja Muda Kampung Bandar

Tapak Masjid (lama) Raja Muda Kampung Bandar

Written By Unknown on Wednesday 10 July 2013 | 12:08


Pada dahulunya, sebelum terbina Masjid Alaeddin atau Masjid Bandar yang boleh anda lihat hingga saat ini, telah dibina sebuah masjid untuk digunakan oleh penduduk awal Kampung Bandar ini. Masjid lama ini diberi nama Masjid Raja Muda.

Masjid Raja Muda ini dibangunkan  lebih kurang pada tahun 1875 di tapak tanah perkuburan Makam Diraja Kampung Bandar ini. Pada tahun 1920, masjid ini telah rosak teruk dan tidak boleh digunakan untuk solat berjemaah.


Tempat sembahyang berjemaah dan solat jumaat telah ditukarkan ke tapak sementara dan dibina dirusuk sebelah utara masjid yang terbentuk seperti balai. Lantainya diatur papan kayu biasa menggunakan lapik beluti sebagai gelegar beratapkan nipah dan berdindingkan papan. Semasa masjid Raja Muda ini rosak, para jemaah mendirikan solat dirusuk masjid ini lebih kurang 3 tahun sementara menantikan masjid baru iaitu Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1922.


Bahan-bahan binaan Masjid Raja Muda ini asasnya diperbuat daripada batu pejal yang berbentuk empat segi padu (anda boleh melihatnya di tapak masjid ini). Binaan dinding masjid diperbuat daripada batu dan beratapkan genting, Manakala dipintu-pintu dan tingkap-tingkapnya dihiasi dengan cermin berwana-warni. Mengikut sejarah, Masjid Raja Muda ini mampu menampung seramai 150 orang sahaja pada satu-satu masa.

Malangnya Masjid Raja Muda ini dari segi alat perkayuan dan lain-lain bahagian seperti bumbungnya tidak begitu baik dan mula rosak serta lapuk. Walaubagaimanapun masjid ini telah digunakan selama 45 tahun  daripada tahun 1875 sehingga 1920.


Sekiranya anda berkeinginan untuk mengunjungi tapak Masjid Lama (Raja Muda) ini, anda hanya perlu singgah di Makam Diraja Kampung Bandar yang hanya terletak lebih kurang 400 meter dari Istana Alaeddin dan juga Masjid Alaeddin. Sesudah tibanya disini, jangan lupa juga untuk menziarahi makam-makam diraja yang terdapat disekitar tapak masjid ini, dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada.



PETA LOKASI



SUMBER :
- JKKK, JKKKP dan Penduduk Kampung Bandar


SEJARAH MASJID SULTAN ALAEDDIN (MASJID BANDAR) KAMPUNG BANDAR. Untuk membacanya sila KLIK DISINI

Share this article :

0 comments:

Post a Comment