At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , » Air bersih percuma setiap bulan

Air bersih percuma setiap bulan

Written By Unknown on Sunday 14 July 2013 | 15:07


Kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.



PENDAHULUAN

Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai bulan Jun 2008.


OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.


SYARAT-SYARAT

Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).


CARA PELAKSANAAN

Kerajaan Negeri Selangor menanggung kos pembayaran kepada SYABAS, berkuat kuasa mulai April 2010; bagi pemberian air percuma 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11.00 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berjumlah 1.0 juta orang berdasarkan bil penama penggunaan air di negeri Selangor. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini tercatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.

Kemaskini terakhir: 14 September 2012

Share this article :

0 comments:

Post a Comment