At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label surau. Show all posts
Showing posts with label surau. Show all posts

Gotong royong surau As-Solehah Kg. Kurau 2013

Written By Unknown on Wednesday, 3 July 2013 | 00:23

Setiap kali hampir berkunjungnya bulan Ramadhan, setiap kali itulah AJK Surau As-Solehah akan mengadakan program gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran surau. Seperti sudah menjadi acara tradisi surau dimana setiap tahun program sedemikian akan sentiasa dilaksanakan.

Persiapan membersihkan dah mengindahkan lagi surau sudah pastinya menjadi tanggungjawab bukan sahaja bagi AJK surau, malah seluruh ahli qariah bagi memberi keselesaan jemaah yang bakal memenuhi surau untuk menegerjakan ibadah didalam bulan Ramadan nanti. Selain sikap perihatin terhadap penjagaan rumah Allah ini, ia juga memupuk semngat bekerja sama antara penduduk setempat dalam mengeratkan lagu hubungan sesama jiran tetangga.


Program yang telah berlangsung pada hari ahad 30/06/2013 lalu, bermula seawal jam 8:00 pagi. Setiap peserta telah pun diarahkan untuk membawa kelengkapan masing dan terus memulakan kerja-kerja pembersihan. Membasuh dinding surau, membakar sampah sarap, memperkemaskan lagi pendawaian eletrik serta tidak lupa memvacum karpet didalam surau. Akhirnya setelah semua kerja-kerja selesai, peserta dijamukan dengan sedikit hidangan sambil-sambil melepaskan lelah penat bekerja.


Diharapkan program sedemikian akan terus menyusul saban tahun bahkan sebaik-sebaiknya dilakukan 3 atau 4 bulan sekali bagi menjamin kebersihan kawasan surau terus berkekalan.






Kata-kata pembuka bicara Pengerusi JKKK Kg. Bandar

Written By Unknown on Thursday, 27 June 2013 | 14:32

Assalamualaikum W.B dan selamat sejahtera.

Selamat datang kepada pengunjung laman blog rasmi Kampung Bandar, Banting atau nama komersialnya D’Bandar Village Nan Indah Bersejarah. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja blog atas usaha, dorongan dan komitmen semua di atas kewujudan dan pelancaran blog rasmi Kampung Bandar buat julung kalinya ini. Dalam semangat kerjasama untuk menaikkan nama Kampung Bandar ini, peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam penerbitan blog ini adalah amat dihargai. Adalah diharapkan laman blog ini dapat dijadikan sebagai rujukan penduduk kampung serta semua pengunjung tidak kira dimana jua anda berada dan dapat  di layari semudah mungkin.

Penghasilan laman Blog yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya pasti akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat kita terhadap ICT serta membolehkan segala perkembangan negeri dan kampung dapat diikuti oleh segenap masyarakat. Tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman parti politik saya mengharapkan masyarakat kampung dapat bersama-sama bekerjasama untuk menaikkan nama Kampung Bandar ini dimata dunia untuk memberi sumber maklumat terkini dalam penghasilan blog rasmi ini.

Seperti yang kita ketahui pengetahuan asas pengunjung luar terhadap latar belakang Kampung Bandar sebelum ini amatlah terhad. Ini disebabkan kurangnya maklumat didunia cyber berkenaan kampung kita yang kaya dengan warisan sejarah melayu yang terbilang ini. Bagi mereka yang mencintai sejarah Negeri Selangor, mereka terpaksa mengorbankan banyak masa dalam mencari maklumat lengkap dalam  mengkaji serta memahami kisah sejarah yang sebenar.

Hasil pencarian di alam cyber ini, hanya segelintir sahaja pemilik-pemilik blog peribadi yang mengongsikan maklumat monumen sejarah khususnya yang terdapat di Kampung Bandar dan Jugra secara keseluruhannya. Ia adalah satu kerugian besar bagi masyarakat kita dalam menyahut seruan kerajaan bagi memupuk semangat cintakan sejarah tanahair kerana apa yang diperolehi oleh generasi terkemudian hanyalah sekadar maklumat asas sejarah tanpa ada penghayatan yang sebenar. Maka dengan munculnya blog rasmi ini, saya berharap warga kerja blog dapat menghasilkan maklumat yang lengkap dan benar mengenai kegiatan serta kisah monumen sejarah yang ada di kampung ini bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat dengat tepat dan berkesan.

Seperti kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Ini membawa maksud tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, serta yakin dengan kebolehan yang ada, maka impian untuk menonjolkan nama Kampung Bandar ini di persada antarabangsa hanya sekadar omongan kosong sahaja. Maka setelah terhasilnya blog rasmi ini, saya menyeru agar warga kerja blog untuk terus sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyalurkan maklumat dan berita terkini kepada penduduk serta pengunjung laman blog rasmi Kampung Bandar ini.

Akhir kata, saya mengharapkan segala maklumat yang disalurkan dalam laman blog rasmi ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penduduk kampung serta pengunjung dunia cyber. Sekiranya Ada penduduk kampung yang ingin berkongsi maklumat atau karya pengetahuan sejarah, sudilah sekiranya mereka untuk menghubungi JKKK Kampung Bandar ataupun menghantar maklumat serta gambar artikel berkenaan yang ingin dikongsikan ke email kampungbandarbanting@gmail.com untuk dimuat turun kedalam blog rasmi ini oleh warga kerja blog. Maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini secara rasminya saya melancarkan blog rasmi “D’Bandar Village Nan Indah Bersejarah” untuk tatapan bersama.

Sekian, Assalamualaikum.W.B.

Tuan Hj. Abdul Razak B. Jaafar
Pengerusi JKKK Merangkap ketua kampung, Kampung Bandar.
42700, Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.