At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , » Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat

Written By Unknown on Monday 8 July 2013 | 14:49

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina oleh Jabatan Tenaga Manusia ,Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan golongan yang berkemahiran dalam bidang perindustrian terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Sasaran golongan utama adalah dari lepasan SPM yang mendapat gred sederhana.

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini telah di bina pada 04 Februari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina diatas sebahagian dari sebuah ladang kelapa sawit berkeluasan 60 ekar. Kerja-kerja pembersihan kawasan ini telah bermula pada akhir bulan Februari dan awal bulan Mac 2003. Lokasinya terletak lebih kurang 4km dari pekan Banting menuju ke arah kg Jugra dan Pengkalan TUDM.


Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-

  • Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
  • Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
  • Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.


Sepanjang penubuhannya, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat telah berjaya menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dengan menyertai beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa ILP Kuala Langat mampu melahirkan pelajar-pelajar, kakitangan dan tenaga kerja mahir yang berkualiti dan berdaya saing. Antara kejayaan tersebut ialah :

  •  Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2011 Bidang Mekatronik di Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2011.
  • Johan Kategori Robot Rumblez dan Tempat ke-3 Kategori Touch of The Light di Pertandingan JTM Robot Challenge 2011
  • Tempat ke-3 Kategori Mekanikal "Selak Pintu Automatik" di Pertandingan Kreativiti dan Inovasi JTM 2011
  • Pingat Gangsa Kategori Mekanikal Robot EDU di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2011)
  • Pingat Gangsa Kategori IT Twin Computer Unit di International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-INVEX 2011)
  • Pingat Gangsa Kategeri IT Dual Computer System di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2010)
  • Pingat Gangsa Bidang Web Desing di Pertandingan MySkill 2010
  • Johan Pertandingan Kemahiran Kreativiti Dan Inovasi Sempena Penglibatan Jabatan-jabatan Kerajaan Bagi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.


Selain itu, pelbagai kemudahan juga disediakan disini samaada dari elaun dan juga fasiliti. Kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada bakal pelajar di ILP Kuala Langat adalah :-

  • Elaun sara diri sebanyak RM100 sebulan
  • Elaun sara diri sebanyak RM300 sebulan semasa menjalani latihan industri
  • Latihan kemahiran yang berkualiti, kemudahan asrama, makan-minum percuma
  • Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi kemudahan makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah.
  • Kemudahan fasiliti seperti pusat sumber, auditorium, bangunan bengkel, asrama lelaki dan perempuan, rumah kakitangan, surau, kafetaria, kompleks sukan dan lain-lain lagi.







View Larger Map



UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

http://www.ilpkls.gov.my
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6,Blok D4,Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-8886 5000
Fax : 03-8888 9241
Share this article :

0 comments:

Post a Comment