At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , » Pasar malam dan Bazar Ramadhan

Pasar malam dan Bazar Ramadhan

Written By Unknown on Sunday 14 July 2013 | 11:31

Di Kampung Bandar ini, untuk membeli barang harian dan keperluan tidaklah terlalu susah untuk memperolehinya. Selain terdapat kedai-kedai kecil, di Kampung Bandar ini juga mempunyai Pasar Malam untuk memudahkan penduduk disini membeli barang keperluan.

PASAR MALAM KAMPUNG BANDAR

Setiap minggu, apabila tibanya petang dihari Sabtu, sudah pastinya Jalan Klinik di Kampung Bandar ini akan ditutup disebabkan wujudnya pasar malam disini. Pasar malam sepanjang lebih kurang 200 meter ini beroperasi dari pukul 4:30 petang sehingga 08:00 malam.



Pasar malam di Kampung Bandar ini adalah antara pasar malam terlama di Daerah Kuala Langat ini. Telah dibuka sejak tahun 80-an lagi, lokasinya tetap sama dan tidak pernah berubah-ubah. Dianggarkan 30 orang peniaga menjual produk masing-masing di pasar malam ini. Dari barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam, pasar ini juga terdapat barangan kering seperti bawang, kentang dan sebagainya. Begitu juga dengan makanan, pelbagai pilihan untuk anda cuba merasainya. Tidak dilupakan juga Pakaian baru dan terpakai untuk anda miliki.



Apa yang lebih membanggakan, pasar malam ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk tempatan sahaja, malah kampung bersebelahan seperti penduduk Kampung Sawah, Sungai Buaya, Permatang Pasir, Jugra, Kampung Kelanang dan Bandar Banting Baru juga hadir mencari baranga keperluan mereka di sini. Dipendekkan cerita, walaupun nampak seperti pasar yang kecil, tetapi hakikatnya segala apa yang kita inginkan ada dipasar malam ini.


BAZAR RAMADHAN PEKAN CHODOI


Setiap kali berkunjung tibanya bulan Ramadhan, sebuah bazar kuih muih akan dibina di sekitar Kampung Bandar. Kawasannya bukanlah ditapak pasar malam, tetapi di Pekan Chodoi yang juga dalam kawasan Kampung Bandar.


Bazar makanan bulan Ramadhan ini telah wujud lebih kurang sejak 7 tahun yang lalu. Pada awalnya hanya sekadar 4,5 penjual sahaja yang membuka gerai mereka. Waalubagaimanapun, sambutan dari tahun ke tahun semakin menggalakkan. Maka sejak itu pihak JKKK telah menyelaraskan kawasan bazar ini dengan lebih tersusun. Sehingga kini, hampir 20 peniaga telah bersama-sama memeriahkan bazar Ramadhan ini dengan menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa.


Yang lebih menariknya, bazar Ramadhan Kampung Bandar ini peniaga-peniaganya adalah dari penduduk sekitar Kampung Bandar sendiri. Ini sebenarnya memberi peluang penduduk tempatan untuk menambah pendapatan mereka setiap kali tibanya bulan Ramadhan.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment