At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , , , , , , » Sukan tahunan ke-39 Sek. Keb. Bandar

Sukan tahunan ke-39 Sek. Keb. Bandar

Written By Unknown on Sunday 7 July 2013 | 02:54

Sukan tahunan sudah sinonim kepada anak-anak sekolah. Setiap tahun sudah pastinya pihak sekolah akan mengadakan acara sukan tahunan samaada secara terbuka ataupun tertutup. Perebutan mahkota juara rumah-rumah yang bertanding menjadi bualan baik guru-gurunya dan pelajar-pelajar, malahan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan suasana.

Begitulah kisahnya yang berlaku pada hari sabtu 6/7/2013, Sekolah Kebangssaan Bandar sekali lagi telah mengadakan acara sukan tersebut. Pada awalnya sukan tahunan ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumat 28/06/2013 lalu, tetapi disebabkan cuaca jerebu yang melanda menyebabkan ia ditangguhkan ke traikh semalam. Rupanya bukan sekolah ini sahaja yang mengadakan sukan, malah hampir kesemua sekolah di daerah Kuala Langat ini juga mengadakan sukan pada tarikh serentak.


Cuaca diwaktu pagi agak mendung menandakan hari mahu hujan. Seperti yang diramal, akhirnya sewaktu acara sudah bermula, hujan turun membasahi bumi membuatkan acara ditangguhkan buat sementara wktu. Selepas berhentinya hujan, acara diteruskan. Tidak ketinggalan juga pihak sekolah juga telah mengadakan acara untuk kaum ibubapa dan juga anak-anak kecil dibawah umur 6 tahun. 




Kalau dulu, setiap kali sukan tahunan berlangsung, sudah pasti akan dibuat secara besar-besaran. Akan diadakan pertandingan rumah tercantik. Dimana setiap rumah perlu menghias setiap sudut khemah yang dihuninya. Tetapi kini semuanya itu tinggal kenangan. Apa puncanya hanya pihak sekolah sahaja lebih memahami.



Setelah menghabiskan kesemua acara, akhirnya rumah Kuning menjadi johan keseluruhan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili rumah kuning. Hakikatnya walau siapa pun yang menang, matlamat utamanya adalah untuk mngeratkan lagi hubungan pelajar, guru-guru dan juga ibubapa. Diharap pada tahun akan datang, pihak sekolah akan dapat membuat yang lebih terbaik lagi.








Share this article :

0 comments:

Post a Comment