At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

Politeknik Banting

Written By Unknown on Thursday 11 July 2013 | 14:26


Politeknik Banting Selangor (PBS) merupakan politeknik yang ke 24 daripada 32 buah politeknik Malaysia. PBS telah mula beroperasi di kampus sementara di Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis pada tahun 2007 dengan pengambilan kohort pertama pada Sesi Januari 2008. Pengoperasian politeknik ini telah bermula sepenuhnya pada 6 September 2012 di kampus tetap dengan menawarkan 2 program iaitu Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengambilan pelajar yang pertama di kampus tetap ini adalah pada Sesi Disember 2012 dengan bilangan pelajar seramai 165 orang.

PBS sentiasa memberi keutamaan kepada perkongsian pengetahuan serta hubungan industri di mana tenaga pengajar digalakkan supaya turut serta dalam projek industri, penyelidikan dan pembangunan. Usaha ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan kepakaran dengan institusi dan industri bagi melahirkan graduan berkemahiran, kompeten, sedia ke alam kerjaya dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.


Justeru, PBS berhasrat untuk memperkembangkan lagi jaringan dan hubungan kolaborasi dengan pihak industri secara berterusan. Dengan itu, pelajar akan dapat melengkapkan diri untuk lebih celik industri, berdaya tahan dengan set minda yang tepat ke arah pencapaian tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Inisiatif ini akan terus menjadi keutamaan bagi mengukuhkan lagi ketahanan dan daya saing pelajar.

Dalam merealisasikan misi ini, PBS telah melantik 10 orang Ahli Lembaga Penasihat yang berkaliber untuk bersama-sama dalam mencapai hala tuju organisasi serta memberi nasihat dalam bidang pengurusan dan meningkatkan kualiti graduan PBS. Setiap pelajar digalakkan untuk meraih peluang sebaik mungkin bagi membina daya kepimpinan, keyakinan diri dan memiliki nilai-nilai murni. Ke arah aspirasi mulia ini, PBS berhasrat untuk membentuk budaya organisasi pembelajaran dengan penerapan nilai integriti dan etika yang tinggi dalam kalangan staf dan pelajar.


PETA LOKASI






MAKLUMAT :

Politeknik Banting Selangor
Persiaran Ilmu, 
Jalan Sultan Abdul Samad, 
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel  : 03-3120 1625 Fax  : 03-3120 1706

email: admin@polibanting.edu.my
Website :- http://www.polibanting.edu.my



Share this article :

0 comments:

Post a Comment