At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb
Home » , , , » Salam Aidilfitri 1434H (2013) dari Kampung Bandar

Salam Aidilfitri 1434H (2013) dari Kampung Bandar

Written By Unknown on Tuesday 6 August 2013 | 21:38

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B. Alhamdulillah bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmatnya kita masih terus dapat bersama sehingga hari ini.


Berakhirnya Ramadhan dan bermulanya Syawal. Adakah kita telah berjaya memanfaatkan bulan Ramadhan tahun ini. Adakah kita mampu lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Mudah-mudah Allah masih lagi memberi peluang untuk kita menikmati bulan yang penuh keberkatan ini di tahun mendatang.

Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini masa yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba. Bulan Syawal, bulan untuk meraikan kemenangan setelah mengharungi dugaan dan cabaran di bulan Ramadhan semestinya diraikan. Segala persiapan hari raya telah pun diharungi dan hanya menunggu hari raya sahaja untuk diterjemahkan. Kunjung mengunjung sesama saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semestinya diteruskan bagi mengeratkan kembali hubungan yang semakin jauh akibat batasan pekerjaan..

Didalam kegembiraan, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hargailah mereka semampu yang boleh. Sesungguhnya mereka juga wajib merasai kemenangan sama seperti kita. Semoga hari raya ini akan memberi seribu makna kepada kalian.

Dikesempatan ini, kami bagi pihak D'Bandar Village memohon maaf diatas segala keterlanjuran baik dari segi bahasa, percakapan atau perbuatan yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain. Lumrah manusia tidak terlepas dari membuat sebarang kesilapan.Diharapnya penduduk Kampung Bandar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang mungkin terasa jauh akibat fahaman politik serta batas-batas kehidupan harian lain. Wasalam....

*psss... Kepada yang balik kampung tu, janganlah cepat panas bontot akibat tiada WIFI, ASTRO dan hiburan lain. Manfaatkan hari raya dan cuti panjang anda bersama keluarga dengan sebaik mungkin...







Share this article :

0 comments:

Post a Comment