At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Makam Bandar. Show all posts
Showing posts with label Makam Bandar. Show all posts

Makam DiRaja Kampung Bandar

Written By Unknown on Sunday, 15 September 2013 | 14:20

Salah satu destinasi wajib yang perlu dilawati di Kampung Bandar ini adalah Makam DiRaja Kampung Bandar. Terletak lebih kurang 500 meter dari masjid dan istana Kampung Bandar, makam diraja ini juga menjadi tempat bersemadinya kerabat-kerabat diraja samaada yang terdahulu hinggalah yang terkini.

Makam Kampung Bandar ini juga adalah kesinambungan dari Makam Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra. Disini telah disemadikan Bonda kepada Almarhum Sultan Hisamuddin, Allahyarhamah Cik Hasnah Binti Pilong. Saban tahun menjelangnya bulan Ramadhan, Sultan Selangor pasti akan membuat kunjungan ke makam ini berserta makam Bukit Jugra.

Didalam kawasan makam ini juga terdapat tapak bekas masjid lama sebelum Masjid Alaeddin sekarang. anda boleh mengetahui serba sedikit mengenai tapak masjid lama Kampung bandar ini DISINI

Bersebelahan makam diraja ini juga terdpat kawasan tanah perkuburan bagi penduduk kampung Bandar. Jika diikutkan selain di tempat ini, di kampung Bandar ini juga terdapat tiga lagi kawasan perkuburan. Ketiga-tiga kawasan perkuburan ini merupakan kubur-kubur lama yang terletak dikawasan Masjid Kampung Bandar, Belakang Sekolah kebangsaan Bandar dan juga berhampiran kawasan sungai. Walaubagaimanapun yang kekal dan sedang digunakan adalah di kawasan makam diraja ini.



PETA LOKASI





Keberangkatan Sultan Selangor ke Makam DiRaja Kampung Bandar 2013

Written By Unknown on Sunday, 30 June 2013 | 12:52


Setiap tahun sudah pasti menjadi kewajipan bagi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk menziarahi makam DiRaja Jugra dan Bandar sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Keberangkatan baginda kali ini adalah sebagai acara tidak rasmi dan turut disertai oleh beberapa barisan kepimpinan daerah Kuala Langat yang diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu).


Seperti Almarhum Ayahandanya juga, baginda akan menyertai majlis bacaan tahlil arwah khasnya untuk ahli keluarga nenek moyang diRaja Baginda. Program lawatan baginda bermula di Makam Bukit Jugra bagi menziarahi Makam Sultan Abdul Samad. Kemudiannya baginda menghadirkan diri pula ke Makam Kampung Bandar dimana disinilah terletak Makam bonda Almarhum Sultan Hishamudin, Allahyarhamah Cik Hasnah Bt. Pilong.



Selepas selesai majlis bacaan tahlil, Baginda meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk kampung Bandar yang hadir. Alhamdulillah, Sultan yang berjiwa rakyat sebeginilah yang menjadi kesayangan rakyat jelata. Semoga Allah memanjangkan usia Tuanku. Amin.