At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Pusat Tuisyen Rakyat Selangor

Written By Unknown on Sunday, 14 July 2013 | 16:34


Program Tuisyen Percuma untuk pelajar sekolah rakyat Negeri Selangor yang layak

Pendahuluan
Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

Dasar

  • Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
  • Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.


Objektif

  • Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
  • Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
  • Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.
  •  Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
  • Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.


Matapelajaran yang ditawarkan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah

Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, 
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor
TEL: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
FAKS: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391

Laman Web: Pusat Tuisyen Rakyat

Kemudahan Cuti Tambahan


Istimewa untuk rakyat Selangor yang bekerja, disedia 3 kemudahan cuti tambahan:

1. Cuti Bersalin 90 Hari
Bagi isteri yang bersalin diberikan kemudahan bercuti selama 90 hari. Ini adalah kemudahan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang bersalin.

2. Cuti 14 Hari untuk Suami yang Isterinya Bersalin
Satu lagi keistimewaan untuk suami di Selangor. Sekiranya isteri bersalin, suami yang bekerja dihadiahkan cuti selama 14 hari.

3. Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
Sekiranya isteri yang bekerja kematian suami, kerajaan Negeri Selangor memberi cuti khas selama 30 hari.

Skim Mikrokredit Selangor


Dana peruntukan RM50 juta untuk Program Mikrokredit khusus untuk rakyat miskin luar bandar

Bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Selangor, disediakan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel). Skim yang ditubuhkan pada bulan 8 Julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Skim ini dikendlikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.


Syarat-syarat Kelayakan:

  • Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.
  • Berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah RM 350.00.
  • Memiliki aset tidak melebihi RM 50,000.00.
  • Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun.
  • Warganegara Malaysia.


Syarat-syarat Pembiayaan

  • Tanpa cagaran dan penjamin.
  • Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.
  • Bersetuju menubuhkan pusat.
  • Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
  • Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
  • Bersetuju menyumbangkan Deposit Sekuriti 3 Minggu bayar balik ke dalam Tabung Kumpulan.
  • Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
  • Bayar balik secara mingguan.
  • Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH). 
  • Caj pembiayaan 8% setahun.



Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5519 1692/ 03-5521 2312
Fax : 03-5510 5829

Laman web Skim Mikrokredit Selangor: skimsel.com

Pusat Dialisis Rakyat Selangor


Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan Pusat Dialisis Rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.

Pusat Dialisis Rakyat yg telah diwujudkan setakat ini:
DUN Sementa
DUN Taman Medan
DUN Hulu Klang
Parlimen Ampang
DUN Sri Muda (Masih di dalam pembinaan)

Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)


Bagi mereka yang dikategorikan sebagai 'miskin bandar' di Negeri Selangor, disediakan Program Mikrokredit. Program uang dilancarkan pada 3 Mac 2011 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. 

MiMBAR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka dengan membuka perniagaan, perusahaan kecil-kecilan. MiMBAR menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.


SYARAT-SYARAT:

1. Pendapatan seisi rumah kurang dari:

a) RM1,500 tanpa anak,
b) RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
c) RM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang

2. Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.
3. Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun
4. Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk
5. Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
6. Mengikut syarat-syarat program yang telah ditentukan
7. Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
8. Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
9. Wajib menghadiri latihan MIMBAR dan menyertai program susulan 'RANGKAIAN MIMBAR'
10.Kawasan bandar yang tiada ketua kampung

Laman web MiMBAR: mimbarselangor.org


Skim Kesihatan Wanita Selangor


Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatasn Wanita Selangor. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim KEsihatan Wanita ialah  '1 Juta Wanita Selangor Sihat' -- menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas.  Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

“Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi”, jelas Y.B. Rodziah Ismail.

Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian


Insentif kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan hasil perbatuan dan mineral negeri

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi tujuan meningkatkan hasil bahan mineral dan galian di bumi Selangor.

Buat permulaan, usaha ditumpukan kepada hasil pasir. Hasil dari peningkatan usaha dan keuntungan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Laman web: semesta.com.my

Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang


Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.

PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu anak-anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.

OBJEKTIF

Membantu anak-anak pekerja ladang meningkatkan prestasi pelajaran serta mendapat kemahiran teknikal (bagi yang kurang berjaya dalam bidang akademik).

KRITERIA PERMOHONAN

Kriteria permohonan untuk bantuan ini ialah:

1. Ibu atau bapa adalah pekerja ladang dan dilahirkan di Negeri Selangor @ Bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang dari 5 tahun;

2. Berpendapatan kurang dari RM1,500.00 sebulan;

PELAKSANAAN PROGRAM

  1. Bantuan Biasiswa (One-Off) kepada anak pekerja ladang. Bantuan diberikan dalam bentuk biasiswa (One-Off) untuk membiayai pembayaran semester pertama pembelajaran.
  2. Program Kemahiran Teknikal di Kolej INSPENS. Program usahasama dengan kolej INSPENS bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran. 
  3. Program Kelas Tambahan Sekolah Tamil di Ladang Negeri Selangor. Program tahunan yang diadakan di Sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor untuk pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
  4. Program-program peningkatan pembelajaran untk anak-anak pekerja ladang. Program usahasama dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak pekerja ladang.
  5.  Bantuan kewangan untuk Sekolah-Sekolah Tamil di Ladang Bantuan kewangan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk membiayai pembayaran guru-guru sekolah, penyelenggaraan bangunan sekolah, pembelian peralatan dan kemudahan sekolah serta pembinaan pondok bacaan.
  6. Subsidi Tambang Bas Sekolah Bantuan yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah untuk anak- anak pekerja ladang.
  7. Program penyerahan sumbangan/ hadiah kecemerlangan UPSR untuk anak-anak pekerja ladang. Program berbentuk majlis penyerahan sumbangan (cermin mata) dan hadiah kecemerlangan pelajar UPSR 2009.


PERMOHONAN

Bagi permohonan pembiayaan pembelajaran anak-anak pekerja ladang ke IPTA/S. Pemohon diminta mengemukakan surat permohonan bersama-sama dokumen tersebut:

  • Kad Pengenalan.
  • Surat tawaran IPTA/S yang tertera jumlah yuran pembelajaran yang perlu dibayar. (Bersama-sama maklumat Bank dan Nombor akaun Bank pihak IPTA/S)
  • Salinan slip gaji ibu/bapa atau surat pengesahan daripada majikan ladang sebagai bukti bahawa mereka adalah anak pekerja ladang di Negeri Selangor.

Semua permohonan boleh dikemukakan terus kepada Pejabat Y.B. Dr. A Xavier Jayakumar di:

PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
TINGKAT 5, BANGUNAN SSAAS,
40503 SHAH ALAM
Tel 03-5544 7306 atau 03-5512 3618
Faks: 03-5510 6678