Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas / OKU yang layak
SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008.
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.
Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.
Syarat Kelayakan Memohon:
1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
1.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
1.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU
1.3 Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
Laman Web Rasmi Skim Mesra Usia Emas: e-mesra.org.my
Semakan pendaftaran SMUE: Klik di SINI
0 comments:
Post a Comment