At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Showing posts with label Kemudahan Lain. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan Lain. Show all posts

Kem PLKN Jugra Banting

Written By Unknown on Thursday, 11 July 2013 | 13:21


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Banting ini ada kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kem ini boleh dikategorikan kem terbaru PLKN di Malaysia ni. Terletak di Kampung Kelanang serta berhampiran dengan Kolej Matrikulasi Selangor.




OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.


PELAKSANAAN

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini,beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

  • Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  • Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  • Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  • Implikasi kewangan.
  • Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  • Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.


Tidak susah sebenarnya jika ingin mencari kem PLKN ini. Walaupun lokasinya agak kedalam, tetapi banyak papan tanda serta tempat-tempat popular yang berhampiran dengannya boleh digunakan sebagai rujukan.



MAKLUMAT LANJUT

Kem PLKN JUGRA
Alamat : KEM PLKN JUGRA BANTING, LOT 1765-1768, MUKIM KELANANG, 42700, KUALA LANGAT, SELANGOR
NO. Telefon : 03-31201172
NO. Faks : 03-31202172
E-Mail : plkn_jugra@khidmatnegara.gov.my
Koordinat : Lat 2° 48′ 49.79″
Long 101° 25′ 58.08″

ALIM - Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi


Akademi Latihan Inovasi Dan Motivasi (ALIM) adalah sebuah pusat latihan dan rekreasi yang tenang, menyegarkan dan mempunyai keunikan yang amat tersendiri. Dibangunkan di atas tanah seluas 15 ekar di kaki Bukit Jugra dan menghadap ke muara Sungai Langat yang meliputi kawasan hutan rimba, paya bakau, tebingan batu serta tasik semulajadi.


Keunikannya nyata terserlah dengan terbinanya prasarana latihan yang berlatar belakangkan tebingan batu semulajadi setinggi 50 meter dan memanjang sejauh 100 meter serta dikelilingi oleh kehijauan hutan rimba ciptaan Tuhan yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.


Tasiknya yang luas dan menyamankan adalah amat sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi air seperti memancing, berkayak dan sebagainya. Dengan wakaf-wakaf terbuka yang dibina di sekeliling tasik ini, ia turut menjadikannya begitu kondusif untuk pelbagai aktiviti perbincangan kelompok atau tugasan kumpulan.


Ketenangan yang menyerlahkan kebesaran dan keunikan alam ciptaan Tuhan ini, menjadikan ALIM begitu sesuai untuk pelbagai bentuk kursus dan latihan serta lain-lain aktiviti rekreasi awam.




PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dikemukakan kepada:

     TUNTAS CONSULTANCY SDN. BHD.
     Karung Berkunci 217, 42700 Banting,
     Selangor Darul Ehsan.
     Tel : 03-8503612  Faks : 03-41433102
     H/P :  019-3216049 (Khalid) ; 
                019-3798034 (Azmi)
     E-mail : tuntas@hotmail.com atau tuntasconsultancy@yahoo.com 
     Website : http://www.oocities.org/tuntasconsultancy/


PULAPES - Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor


Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor ditubuhkan pada Jun 2003 hasil cetusan idea oleh Yang Amat berhormat Dato' Seri Dr Mohamad Khir Bin Toyo Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan PULAPES dan mewajibkan semua anggota penguatkuasa bertaraf kontrak dan tetap menghadiri kursus. PULAPES merupakan salah satu Wawasan Maju Selangor 2005.





KEMUDAHAN

  •  Dewan Besar (Memuatkan 600 orang)
  • Chalet (Memuatkan 216 orang) 
  • Chalet Berhawa Dingin (12 Orang)
  • Bilik Seminar 2 buah berhawa dingin (80 orang)
  • Kafetaria (300 orang)
  • Surau (300 orang)

Untuk Maklumat Lanjut :

Kg Permatang Pasir ,Jugra
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-3181 2360 ATAU
TUNTAS CONSULTANT
03-3120 3937

Balai Cerap Bukit Jugra

Written By Unknown on Wednesday, 3 July 2013 | 23:45


Balai cerap angkasa ialah sebuah alatan di angkasa lepas yang digunakan untuk memerhatikan planet-planet, galaksi, dan objek-objek angkasa lain. Balai cerap di Bukit Jugra ini adalah antara balai cerap di Malaysia untuk melihat anak bulan Ramadan, Syawal & Zulhijah.


Ia juga merupakan sebuah bangunan kajian ilmu falak yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Balai Cerap di Bahagian Falak , Jabatan Mufti Selangor. Bangunan ini dibina menghadap ke laut dimana skop pandangan yang jelas dan luas dn bersebelahan dengan rumah api Bukit Jugra.

Paragliding/Paramotor (Luncur Angin)


Paragliding adalah antara sukan udara yang paling popular di seluruh dunia. Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa angin dan apungan udara panas. Aktiviti meluncur ini memerlukan kawasan tanah tinggi bagi memudahkan dan melancarkan penerbangan. "Paraglider" merupakan sejenis nylon lembut yang mana apabila dikembangkan dengan angin mampu membawa seseorang itu melayang diudara seperti seekor burung.


Bagi penggemar sukan paragliding ini, sudah pastinya Bukit Jugra menjadi tumpuan mereka. Ini kerana selain pernah menjadi tempat kejohanan Paragliding world Cup pada tahun 2010 dan 2011, Bukit Jugra juga merupakan diantara lokasi terbaik di Asia untuk melakukan sukan ini.


Bagi mereka yang berminat untuk berjinak-jinak ataupun memahirkan lagi kebolehan meluncur angin ini, Persatuan Terbang Layang Malaysia seringkali menganjurkan program dan kursus paragliding ini. Antara program yang ditawarkan adalah bengkel sehari pengenalan paragliding, kem aero, kelas teori dan praktikal, asas kejurulatihan dan lain-lain lagi.


Jika berminat untuk menyertai program yang disediakan, sila dapatkan maklumat lanjut :

Persatuan Terbang Layang Malaysia
Lt. Col.(R) Basir Bin Haji Abd. Rahman
Paragliding.com
no.4, Lot 268, Jalan Kathong, 
Sg. Raba, 42700 Banting, Selangor
Tel/Fax : 03-32101632
e-mel : msiapdg@streamyx.com