Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam pembinaan.
Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 - 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa desediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .
Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, satu padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.
KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.
PETA LOKASI
0 comments:
Post a Comment