Walaupun kehidupan masyarakat dikampung ini sudah berkembang maju setanding dengan keadaan ekonomi sekarang, ia tidak menjadikan bahawa keperluan pengangkutan awam diabaikan dikampung ini. Ini terbukti kerana masih ada lagi perkhidmatan Bas serta teksi dari pekan Banting ke Kampung Bandar ini.
BAS (CITYLINER)
Sebenarnya perkhidmatan bas ke kampung ini sememangnya sudah wujud dari tahun 1980-an lagi. Ini kerana ketika itu bas adalah pengangkuta paling penting sekali bagi masyarakat kampung disebabkan kehidupan yang agak daif dan tidak berkemampuan ketika itu.
Pada awalnya, Syarikat MARA Holding yang menjalankan perkhidmatan bas di daerah Kuala Langat ini. Walaubagaimanapun sekitar pada tahun 2009, ia telah berpindah milik dan dimiliki oleh syarikat Cityliner. Selepas pengambilalihan tersebut, banyak penstrukturan semula telah dilakukan. Dimana salah satu yang berlaku, perkhidmatan bas dari Pekan Banting ek Kampung Bandar ini telah ditamatkan. Hampir 3 tahun ia berlarutan sehinggalah tahun 2012 perkhidmatan bas ini bersabung kembali. Bayaran yang dikenakan dari pekan Banting untuk sampai ke Kampung ini adalah sekitar RM1.20 - RM1.50 sehala.
TEKSI
Selain perkhidmatan bas, teksi adalah alternatif pilihan penduduk disini. Perkhidmatan bas yang adakalanya gagal mengikut waktu yang tepat, membuatkan penduduk disini lebih gemar untuk menaiki teksi. Kadar bayaran untuk laluan sehala adalah sekitar RM2.50-RM3.00.
Jadual dan Keputusan UEFA Champions League Liverpool musim 2014/2015
-
Musim 2014/15 ini Liverpool kembali mewarnai kancah utama bolasepak Eropah
apabila berjaya mendapat tiket automatik layak ke pertandingan UEFA
Champions ...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment