At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

ARTIKEL TERKINI

Hadiah Anak Masuk Universiti

Written By Unknown on Sunday, 14 July 2013 | 15:48


SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN

Sebarang pertanyaan berkaitan program MES Hadiah anak masuk universiti boleh diajukan kepada:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7385 / 03-5521 2275
Faks: 03-5510 4095 / 03-5511 0659
Laman Web http://hpipt.selangor.gov.my
Mohd Jeffry Bin Omar mohdjeffry@selangor.gov.my


Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;

2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja;

4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana muda atau Diploma sahaja*;

5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

6. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah sahaja.


Nota:

Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon

ALIRAN PERMOHONAN

1. Pemohonan secara atas talian (online) melalui laman web Sistem Permohonan HPIPT: hpipt.selangor.gov.my

2. Permohonan secara manual dengan mengisi borang permohonan rasmi, iaitu Borang Permohonan Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (BPSM/HPIPT/2008 (Pin.1/2008)) yang boleh diperolehi melalui:

(i) memuat turun (download) daripada laman web Sistem Permohonan HPIPT: hpipt.selangor.gov.my

(ii) memuat turun (download) daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor: melalui pautan (link) Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES);

(iii) kaunter Urus Setia Hadiah Pengajian IPT di BPSM; atau

(iv) mana-mana Pejabat Daerah & Tanah Negeri Selangor.

3. Pemohon yang memilih permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak (print) Borang Permohonan HPIPT online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

4. Pemohon yang memilih permohonan secara manual pula perlu menyemak dan memastikan Borang Permohonan HPIPT telah diisi dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan. 

(i) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

(ii) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;

(iii) Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon;

(iv) Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;

(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau

(vi) Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjag pemohon(jikabekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK / Ketua Kampung; atau

(vii) Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa/ Penjagapemohon (jika pesara Kerajaan);

(viii) Salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang tertera no. akaun dan transaksi terakhir).

5. Setiap salinan lampiran dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional) dan Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA*.

Nota:

Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.

6. Pemohon dikehendaki menghantar Borang Permohonan HPIPT yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam

7. Urus Setia menerima Borang Permohonan HPIPT yang dihantar melalui:

(i) serahan tangan oleh pemohon yang hadir sendiri ke BPSM;

(ii) penghantaran melalui pos;

(iii) penghantaran berkelompok oleh Pejabat Tanah & Daerah; atau

(iv) penghantaran berkelompok oleh Pusat Khidmat DUN.

8. Setiap Borang Permohonan HPIPT yang diterima akan direkodkan tarikh terimaan dan didaftarkan bagi memulakan proses permohonan mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan, iaitu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.

9. Urus Setia akan memasukkan data dan maklumat pemohon ke dalam Sistem Permohonan HPIPT bagi permohonan secara manual, manakala bagi permohonan secara atas talian (online), data dan maklumat pemohon akan dikemaskini semula berdasarkan Borang Permohonan HPIPT yang diterima.

10. Urus setia akan membuat semakan permohonan yang telah diterima melalui Sistem Permohonan HPIPT serta memastikan semua lampiran dokumen seperti pada para 6.2.4 disertakan oleh pemohon.

11. Urus Setia akan mengenalpasti dan mengklasifikasikan permohonan seperti berikut:

(i) permohonan layak;

(ii) permohonan tidak lengkap; dan

(iii) permohonan tidak layak (tidak memenuhi syarat).


12. Urus Setia mengambil tindakan terhadap senarai yang telah diluluskan oleh SUB(PSM)/ PSU(B) untuk proses selanjutnya. 

13. Bagi permohonan yang tidak memenuhi syarat, Urus setia mengemukakan surat maklumbalas bagi memaklumkan status permohonan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.

14. Bagi permohonan yang tidak lengkap, Urus Setia akan mengembalikan Borang Permohonan HPIPT serta surat maklumbalas yang menyatakan sebab-sebab permohonan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.


ALIRAN PEMBAYARAN

1. Urus Setia menyediakan senarai penyata bayaran pelajar mengikut pilihan pembayaran untuk semakan PA(B) dan kelulusan SUB(PSM)/ PSU(B) seperti berikut:

(i) pembayaran melalui cek; atau

(ii) pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT).


2. Urus Setia memproses pembayaran melalui Sistem SPEKS untuk penyediaan bayaran oleh pihak Bendahari Negeri. 

3. Urus setia menerima laporan pembayaran yang telah dibuat melalui Sistem SPEKS oleh Bendahari Negeri Selangor.

4. Urus Setia menyediakan surat makluman status permohonan dan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. Pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui cek perlu menuntut cek tersebut di BPSM, manakala pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui EFT perlu menyemak transaksi pembayaran melalui akaun masing-masing.

5. Urus Setia memastikan pembayaran melalui cek perlu dituntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh cek dikeluarkan.

6. Urus Setia merekodkan tuntutan cek oleh pemohon/ wakil pemohon di dalam Buku Daftar Penerimaan Cek.




Sebarang pertanyaan berkaitan program MES Hadiah anak masuk universiti boleh diajukan kepada:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7385 / 03-5521 2275
Faks: 03-5510 4095 / 03-5511 0659
Mohd Jeffry Bin Omar mohdjeffry@selangor.gov.my

Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)


Penyediaan Pusat Khidmat Krisis Sehenti untuk golongan yang dianiayai.

Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi.

Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, terdapat program OSCC di mana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.


OBJEKTIF

  1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
  2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
  3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.
  4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
  5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.
  6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.


ANJURAN

  1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
  2. Seksyen Sektoral, UPEN
  3. Sekretariat OSCC
  4. ADUN dan Pusat Khidmat DUN
  5. NGO Wanita

BIDANG TUGAS SEKRETARIAT OSCC

  1. Menyelaraskan 'monitoring' dan 'follow-up' semua gerak kerja Projek Kempen Kesedaran OSCC dan melaporkan secara terus dengan Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
  2. Menyediakan bahan-bahan kempen (dalam fail yang dinamakan INFO KIT OSCC) yang dikeluarkan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
  3. Mengadakan program TOT bagi NGO untuk Projek Kempen Kesedaran OSCC.
  4. Menyediakan takwim Projek Kempen Kesedaran OSCC di semua 56 buah kawasan DUN.
  5. Membuat perlantikan NGO-NGO dengan kelulusan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
  6. Menyemak nama-nama penceramah yang dinamakan oleh NGO yang terlibat.
  7. Melantik penceramah-penceramah yang dinamakan oleh NGO dan nama-nama lain yang difikirkan sesuai oleh Sekretariat dengan perbincangan bersama 
  8. Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
  9. Menyediakan borang perjanjian dengan NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC.
  10. Membantu mendapatkan peruntukan kewangan kepada NGO-NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC bagi setiap program melalui Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
  11. Melakukan ’monitoring’ (Monitoring sheet) dan kompilasi maklumbalas peserta kempen.
  12. Menyediakan borang laporan program, borang soal selidik keberkesanan program untuk dianalisa dan disemak oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita


KUMPULAN SASARAN

  1. Pegawai DUN
  2. AJK Parti DUN
  3. Ahli Majlis Perbandaran
  4. Ketua Kampung
  5. Jawatankuasa Penduduk & Jawatankuasa Belia
  6. Pegawai Polis
  7. Pengerusi Rumah Ibadah (Surau, Kuil, Tokong, Gereja)
  8. AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah
  9. Pengusaha-pengusaha Taska dan Tadika
  10. Pekerja-pekerja Kilang dan Industri
  11. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej, IPTA dan IPTS
  12. Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan
  13. Penduduk Setempat


Terdapat enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000
No. Fax : 03-42954666

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
No. Telefon : 03-89475555
No. Fax : 03-89475210

Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
No. Telefon : 03-61367788/61203233
No. Fax : 03-61377097

Hospital Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
No. Telefon : 03-61454333
No. Fax : 03-61454222

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
41200 Klang
No. Telefon : 03-3375 7000
No. Fax : 03-3374 9557

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
No. Fax : 03-8736 7527

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)


Pada usia 18 tahun, anak-anak ini yang mendaftar dengan TAWAS berpeluang menerima RM 1,500.00.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Laman web rasmi Tawas: tawas.org.my
Semakan pendaftaran Tawas: Klik DI SINI
Pendaftaran Tawas atas talian (online): Klik DI SINI


Skim Mesra Usia Emas (SMUE)


Manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas / OKU yang layak

SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.


Syarat Kelayakan Memohon:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN 

1.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Laman Web Rasmi Skim Mesra Usia Emas: e-mesra.org.my
Semakan pendaftaran SMUE: Klik di SINI

Air bersih percuma setiap bulan


Kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.



PENDAHULUAN

Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai bulan Jun 2008.


OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.


SYARAT-SYARAT

Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).


CARA PELAKSANAAN

Kerajaan Negeri Selangor menanggung kos pembayaran kepada SYABAS, berkuat kuasa mulai April 2010; bagi pemberian air percuma 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11.00 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berjumlah 1.0 juta orang berdasarkan bil penama penggunaan air di negeri Selangor. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini tercatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.

Kemaskini terakhir: 14 September 2012

Peta Lokasi Kampung Bandar

Kampung Bandar terletak lebih kurang 13 kilometer atau 8 batu dari pekan Banting. 8 Kilometer dari pekan Teluk Panglima Garang. Terdapat Banyak laluan yang boleh dilalui untuk tiba diKampung Bandar ini.

DARI BANTING

Sekiranya anda dari pekan Banting, anda teruskan perjalanan anda menghala ke tempat bersejarah Jugra dan Bandar. Melalui Jalan Sultan Abdul Samad ini, anda boleh membuat pilihan samaada ingin melalui Kampung Sungai Buaya atau, Jalan pintas melalui Jalan Sultan Suleiman Shah (Jalan Ubi) ataupun Jalan melalui Jugra dan Permatang Pasir. (Sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan)



DARI KLANG



Selepas melalui pekan Telok Panglima Garang, anda akan berjumpa bulatan di persimpangan Banting- Pulau Carey. Anda belok menghala ke Pulau Carey. Selepas itu anda pastikan menuju ke Kampung Sawah, Sungai Buaya, Kampung Bandar dan bukannya ke Pulau Carey. (Sila Rujuk Gambar dan Peta yang dilampirkan) - (KLIK DISINI untuk membaca mengenai jambatan Kampung Sawah)

PETA LOKASI (Wikimapia MAPS)
GOOGLE MAPS

Lihat Peta yang Lebih Besar

Sekolah Menengah Sains Banting


Sekolah Menengah Sains Banting terletak di Jugra iaitu 6 km dari pekan Banting. Terletak di atas lokasi tanah berkeluasan 24 ekar persegi  di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra. Bersebelahan  dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, Kem Tentera Udara Jugra, Pusat Matrikulasi Selangor , Maahad Tahfiz Jugra, Institut Latihan Perindustrian .


Telah mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2012 dengan kemasukan pelajar tingkatan 2/ 2012 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 / 2012  pada 4 Januari 2012. Diikuti dengan kemasukan pelajar tingkatan 4 / 2012 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berkeupayaan menampung seramai 900 orang murid dengan kemudahan asrama yang serba baru. Hanya menawarkan aliran Sains Tulen di peringkat SPM .


Sehingga Januari 2013, SMS Banting mempunyai 53 orang guru termasuk pihak pentadbir dan 16 orang kakitangan sokongan. 2013 adalah tahun pertama berlangsungkan peperiksaan awam PMR dan SPM yang bakal menentukan tahap dan kedudukan sebenar SMS Banting di kalangan sekolah berasrama penuh yang lain.

Alamat Sekolah:
Sekolah Menengah Sains Banting
Jalan Sultan Suleiman Shah,
Jugra, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Email : smsb.ppdkl@gmail.com
Website : smsbanting

No telefon : 03-31201597
No fax : 03-31201623

PETA LOKASI

Kolam Pancing Kampung Bandar


Dengan Kedudukan Kampung Bandar yang dikelilingi Sungai Langat,  menjadikan ia sebuah kampung yang sering kali dikunjungi oleh kaki pancing. Selain mereka boleh memancing di sekitar tebing sungai Langat ini, mereka juga boleh mencuba nasib di 3 kolam pancing yang berasingan yang terdapat di Kampung Bandar ini. Setiap kolam yang berlainan pemilik ini juga mempunyai keistimewaan masing-masing. Dari segi bayaran, keselesaaan dan jenis-jenis ikannya.

JUGRA SPORT FISIHING (JSF)



Jugra Sport Fishing (JSF) ini adalah kolam pancing yang pertama sekali dibuka di Kampung bandar ini. Telah beroperasi sekitar 6 tahun, kolam pancing ini kerap menjadi kunjungan ramai dan namanya sering juga menjadi bualan pemancing-pemancing dari luar.


JSF ini seringkali juga menjadi medan pertandingan memancing bagi syarikat-syarikat, pertubuhan sekitar Kuala Langat ini. Selain itu keselesaan dan kemudahan disini amatlah mencukupi. Ini membuatkan pemancing-pemancing disini lebih tenang dan santai dikala menantikan pancing mereka disambar sang ikan.


Hubungi mereka di FACEBOOK






PETA LOKASI


SIAKAP GOLD FISHING ENTERPRISE


Kolam pancing Siakap Gold Fishing ini telah dibuka sejak setahun setengah yang lalu.  Kolam pancing ini terletak di Kampung Air Tawar, Kampung Bandar. Pada asalnya kolam pancing ini adalah tapak menternak Udang Harimau. Walaubagaimanapun akibat kualiti air yang kurang menyenangkan, pemilik kolam ini telah mencuba pula untuk menternak udang putih. 



Kini atas minat dan permintaan ramai kaki-kaki pancing, pemilik kolam ini akhirnya menjadikan kolam udang ini sebagai kolam pancing ikan masin. Beroperasi 7 hari seminggu, kolam ini semakin hari semakin mendapat sambutan kepada penggemar jenis memancing di kolam ini. Bagi anda yang belum sampai kesini, marilah mencuba kelainan memancing disini..



PETA LOKASI



KOLAM PANCING PELITA HARMONI


Kolam pancing ini dibuka lebih kurang hampir setahun yang lalu. Dikalangan penduduk disini, mereka lebih mesra memanggil kolam pancing ini Kolam Acheh. Ini kerana pekerja-pekerja di kolam ini adalah berasal dari Acheh Indonesia.


Seperti kolam Siakap Gold Fishing, Kolam Pancing Pelita Harmoni ini juga lokasinya terletak di Kampung Air Tawar. Jauhnya Antara kedua-dua kolam ini sekitar 500 meter sahaja. Walaupun berdekatan, tetapi seperti yang diperkatakan, kolam pancing Pelita Harmoni ini juga mendapat sambutan hangat dari kaki-kaki pancing. 


Istimewa bagi pemancing tengah malam minggu, kolam pancing ini tidak akan mengenakan sebarang bayaran keatas ikan yang diperolehi. Mungkin juga ini salah satu tarikan yang ada disini. Bagi sesiapa yang ingin ke kolam ini, bolehlah mendapatkan sedikit info yang diberikan disini.

  • Waktu operasi –Ahad hingga jumaat 8pagi – 12tgh malam
  • 1 joran RM3
  • Ikan sekilo RM15   
  • Waktu tambahan - (Sabtu – 24 jam)
  • selepas jam 12 malam 1 joran RM30
  • Umpan udang – 10 ekor percuma
  • Ikan x perlu timbang
Hubungi : 012-6499872 -ajib